Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 1,703 Orang, Tiga Lagi PPS Dibuka


Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,703 orang, tiga lagi PPS dibuka 

JOHOR BAHRU, 24 Jan (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,703 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,093 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) berkata tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan kesemuanya 16 PPS di Daerah Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Segamat paling teruk dilanda banjir dengan 1,229 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagi Daerah Kluang pula, seramai 300 orang daripada 84 keluarga dipindahkan ke enam PPS sementara 174 penduduk daripada 40 keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke dua PPS,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain tiga jalan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup untuk semua kenderaan, menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.06 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.66m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 38.06m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.7 m.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement