Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Mangsa banjir meningkat, sebuah lagi PPS dibuka di Hilir Perak


IPOH – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hilir Perak iaitu di Dewan Serbaguna Chikus di Langkap yang menempatkan 13 orang penduduk terjejas banjir daripada enam keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, pembukaan PPS terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang dibuka di negeri ini sebanyak lima buah iaitu tiga di Hilir Perak dan dua di Kerian.

Katanya, kemasukan penduduk di PPS Dewan Serbaguna Chikus itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini seramai 471 orang daripada 145 keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jumlah tersebut meningkat berbanding pada pukul 6 petang tadi iaitu seramai 458 orang daripada 139 keluarga.

“Setakat ini, bilangan mangsa banjir di dua PPS di Hilir Perak kekal iaitu Dewan Serbaguna Padang Tembak merekodkan seramai 162 orang daripada 50 keluarga manakala 142 orang daripada 46 keluarga di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi daerah Kerian, seramai 97 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 57 orang daripada 19 keluarga pula di PPS SK Alor Pongsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penduduk yang terjejas ini dari Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak, Kampung Beriai, Kampung Selekoh, Kampung Parit Air Hitam I dan Kampung Parit Ali Kalang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications