Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mangsa Kemalangan Diberi Layanan Buruk, Alasan Katil Penuh – “Kita Sedang Siasat”


Susulan dari luahan rasa tidak puas hati seorang individu yang mendakwa menerima layanan buruk di Hospital Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dilaporkan telah mula membuat siasatan.

Menurut laporan wartawan N Faizal Ghazali dari portal Malaysiakini, Pengarah JKNK, Dr Zaini Hussin berkata pihaknya sudah maklum dengan kenyataan individu terbabit yang sebelum ini tular di media sosial.

“Kita sedang siasat,” jelasnya ringkas ketika dihubungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pengguna Facebook, Azimah Abdullah Zawawi sebelum ini telah membuat hantaran bagi meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati susulan kejadian menimpa anaknya yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Pada hari kejadian iaitu pada 14 Januari yang lalu, anak lelakinya yang menunggang motosikal telah terlibat dalam satu kemalangan dan cedera di bahagian muka dan mulut.

Dia kemudiannya dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas pada jam 3.45 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anak saya dirujuk ke Klinik Pergigian Daerah dan menerima rawatan dari jam 4.45 petang sehingga jam 9 malam. Dalam masa rawatan tersebut, anak saya ditinggalkan keseorangan dengan mulut ternganga tanpa seliaan selama 30 hingga 40 minit.

“Setelah selesai mendapatkan rawatan jahitan daripada pegawai bertugas, anak saya dirujuk semula kepada doktor di Unit Kecemasan,” jelas Azimah.

Dia mendakwa anaknya ketika itu hanya diberikan rawatan di atas kerusi roda dan dibenarkan untuk terus pulang walaupun dalam keadaan masih kesakitan dan tidak bermaya dengan alasan katil di wad hospital tersebut penuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perasaan sebagai ibu terasa amat tidak yakin untuk membawa pulang kerana anak saya masih muntah dan tidak bermaya. Saya merayu agar anak saya dimasukkan ke wad untuk pemantauan hospital.

“Doktor berkenaan menolak permohonan saya dengan alasan hospital kekurangan katil dan ramai pesakit.

“Berkali-kali saya merayu untuk anak saya ditahan tetapi tidak diendahkan kerana alasannya dia nak menyelesaikan kes lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga memberi cadangan agar anak saya dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) memandangkan keesokannya anak perlu dirujuk kepada pakar bedah mulut. Sekali lagi cadangan saya ditolak dengan alasan HRPZ II juga tidak ada katil kosong,” tambahnya lagi.

Azimah memohon agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membuat pemantauan sewajarnya terhadap sikap dan tindakan kakitangan yang bertugas di hospital berkenaan.

| Kampungmamakcom Kemalangan

BACA: Doktor Luah Simpati Ramai Pesakit Kena ‘Sidai’, Terpaksa Tunggu Giliran Terlalu Lama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong berhubung kemelut dalaman yang...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.” Demikian pesanan penyanyi Hazama...

Sukan

3s NAIROBI, Kenya – Berita sedih menyelubungi sukan maraton apabila pemegang rekod dunia sukan tersebut, Kelvin Kiptum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Jarang berkongsi gambar dengan suami dalam media sosial sehingga muncul dakwaan kononnya sedang berdepan krisis rumah tangga, pelakon Datin Elvina...

Advertisement