Hi, what are you looking for?

Mangsa Kemalangan Terselamat, Apple Watch Maklum Kecemasan Ketika Tidak Sedarkan Diri

Mamak News

Mangsa Kemalangan Terselamat, Apple Watch Maklum Kecemasan Ketika Tidak Sedarkan Diri


Jam tangan pintar Apple Watch penunggang motosikal yang berusia 24 tahun ini membuat panggilan kecemasan setelah dia alami kemalangan. Lelaki ini dilaporkan tidak sedarkan diri setelah jatuh dari motosikalnya akibat bertembung dengan sebuah van di Ang Mo Kio.

Ketika terbaring di tanah, dia sempat melihat kenderaan itu melarikan diri sebelum dia tidak sedarkan diri, katanya kepada portal Lianhe Wanbao.

Kemalangan itu dikatakan berlaku di persimpangan Ang Mo Kio Avenue 6 dan Jalan Ang Mo Kio 31 pada 25 September petang, menurut laporan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Mothership, polis telah mengesahkan kemalangan pemuda itu sebagai kes langgar lari. Keluarga mangsa juga sedang mencari maklumat lanjut dan saksi kepada kemalangan ini.

Mangsa Kemalangan Terselamat, Apple Watch Maklum Kecemasan Ketika Tidak Sedarkan Diri

Jam tangan pintar ini memang sangat berguna terutama dalam keadaan sebegini. Mangsa mengatakan bahawa jam Apple Watch telah mengesan kejatuhan atau hentakan yang kuat dan ia segera menghantar mesej ke kenalan kecemasannya termasuk kekasih mangsa.

Bukan setakat itu sahaja, jam tangan pintar itu juga telah menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan dan juga ambulans. Keluarga mangsa mengatakan mereka sangat berterima kasih atas fungsi ‘penyelamat nyawa’ (life-saving function) ini kerana jalan agak sunyi ketika itu.

Mangsa mungkin tidak bernasib baik jikan bukan kerana fungsi jam Apple Watch itu. Dia dikatakan kembali sedar perlahan-lahan ketika paramedik tiba di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mangsa Kemalangan Terselamat, Apple Watch Maklum Kecemasan Ketika Tidak Sedarkan Diri

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bahawa mereka telah diberitahu mengenai kemalangan itu sekitar jam 8:20 malam dan mangsa dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat.

Menurut Apple, model di bawah siri 4 atau ke atas dapat mengesan kejatuhan yang teruk. Apabila kejatuhan atau hentakan dikesan, ia akan menekan pengguna di pergelangan tangan mereka, membunyikan penggera dan memberikan amaran.

Jam Apple Watch tidak akan memberi amaran kepada perkhidmatan kecemasan jika mengesan pergerakan dari pengguna. Bagaimana pun, jika pengguna tidak bergerak sekurang-kurangnya satu minit, peranti secara automatik akan memanggil kenalan kecemasan dan menghantar mesej kepada mereka. Ia juga akan menghubungi ambulans.

BACA: Pemandu Lori Positif Methamphetamine, Dipercayai Tertidur Ketika Memandu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications