Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mangsa kes belasah maut, 6 lelaki Myanmar didakwa membunuh


MELAKA – Seorang bapa enam anak yang dibelasah enam lelaki warga Myanmar pada bulan lalu dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, di sini petang semalam.

Mangsa, E. Murali Kuppusami, 50, menghembuskan nafas terakhir pukul 5.57 petang di hadapan keluarganya selepas dimasukkan ke hospital sejak 31 Oktober lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan siasatan ke atas kesemua suspek yang ditahan sebelum ini akan dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa sebelum ini mengalami kecederaan parah dan koma, namun disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di ICU Hospital Melaka pukul 6.57 petang semalam.

“Susulan itu, kita akan rujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan meminda kes daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan kepada Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan enam lelaki warga Myanmar berdepan hukuman penjara 40 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan membelasah dua beranak warga tempatan sehingga salah seorang daripadanya koma, bulan lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kyaw Swar Tun, 21; Nyt Lin Paing, 22; Zin Min Htet, 23; Win Zaw, 30; Aung Myint Thein, 31, dan Mya Boe, 33, susulan kesemua mereka tidak memahami Bahasa Melayu.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh secara bersama-sama telah menyebabkan kecederaan parah ke atas M.K Daniel, 19, dan bapa mangsa, E. Murali Kuppusami, 50, dengan menggunakan objek kayu iaitu alat yang mungkin menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.40 malam di Pangsapuri Taman Tasek Utama dalam Daerah Melaka Tengah, pada 31 Oktober 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan dua beranak itu telah dibelasah teruk selepas menegur tertuduh agar tidak membuat bising di pangsapuri berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan tiada jaminan ditawarkan. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SHAH ALAM – Pelabuhan di Selangor dijangka akan seluas saiz Singapura sekiranya Pulau Carey direalisasikan menjadi pelabuhan ketiga di negeri ini. Ini selepas...

Mamak News

0 PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan  daripada pengumuman YAB Perdana Menteri...

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications