Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Mangsa runtuhan terowong mungkin keluar 4 hingga 5 hari lagi


DEHRADUN: Pihak berkuasa India memberi amaran 41 pekerja yang terkandas dalam runtuhan terowong jalan raya di Uttarakhand lebih seminggu lalu, mungkin boleh terperangkap selama empat hingga lima hari lagi.

Amaran itu dibuat ketika pelbagai usaha menyelamat dilakukan untuk mengeluarkan kesemua pekerja terperangkap dalam terowong jalan raya yang dalam pembinaan sejak 12 November lalu, gagal setakat ini.

Lapor The Guardian, kebimbangan mengenai kesihatan dan situasi semasa pekerja berkenaan semakin meningkat setelah mereka menghabiskan hampir 200 jam terkurung dalam terowong jalan raya yang gelap di utara India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebahagian struktur binaan terowong jalan raya sepanjang 4.5 kilometer (km) di negeri Himalaya itu, runtuh pada pagi Ahad lalu selepas tanah runtuh di kawasan pegunungan menyebabkan sejumlah besar runtuhan dan serpihan menghalang pintu masuk.

Sebelum ini, pegawai memaklumkan seramai 40 pekerja terperangkap di dalam terowong itu, tetapi jumlah mangsa itu kemudian meningkat kepada 41 orang.

Pihak berkuasa memberi jaminan pekerja berkenaan akan diselamatkan secepat mungkin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, operasi menyelamat mangsa kini sudah memasuki hari kesembilan memandangkan pasukan berdepan pelbagai cabaran antaranya jentera dan anggota dihalang oleh runtuhan berat dan muka bumi yang tidak stabil.

Pegawai tugas khas untuk projek terowong itu, Bhaskar Khulbe berkata, lima agensi kerajaan kini terlibat dalam operasi menyelamat.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa mangsa mungkin terperangkap empat hingga lima hari lagi sebelum mereka boleh dicapai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesin penggerudi yang besar dibawa dari Delhi namun kerja penggerudian terpaksa dihentikan pada Jumaat lalu atas sebab keselamatan selepas kedengaran bunyi retakan yang kuat.

Perbadanan pembangunan lebuh raya dan infrastruktur negara turut memberi amaran terdapat `kemungkinan tinggi runtuhan lagi berlaku’.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications