Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Manny Pacquaio idam emas di Olimpik Paris


MANILA – Biarpun sudah mencecah usia 44 tahun, jaguh tinju dunia, Manny Pacquiao tetap dengan pendiriannya untuk menyertai Sukan Olimpik dan bertekad menjelmakan pingat emas pada penampilan sulungnya di Paris tahun depan.

Pacquiao yang pernah menjadi juara dunia dalam lapan kategori sukan tinju bermotivasi tinggi untuk menggengam emas pada temasya berprestij dunia tersebut kerana pernah diketepikan ketika dia masih berstatus petinju amatur.

“Saya menunggu untuk itu (Olimpik) dan saya teruja mengenainya. Suatu ketika dahulu, saya pergi ke Manila untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Filipina, tetapi saya tidak dipilih, saya ditolak kerana mereka kata saya tidak bagus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hati dan hasrat saya adalah untuk memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik di Paris nanti,” kata Pacquiao.

Bulan lalu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham “Bambol” Tolentino mendedahkan bahawa Pacquaio telah menghubunginya untuk bertanya tentang proses kelayakan.

Bagaimanapun, Tolentino, mendedahkan bahawa Pacquiao tidak layak kerana had umur 40 tahun untuk menyertai Sukan Asia yang merupakan kelayakan ke temasya Olimpik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pacquiao atau dikenali sebagai PacMan bersara daripada sukan itu pada 2021, selepas mengalami kekalahan kepada Yordenis Ugas.

Bintang Filipina itu telah mengambil bahagian dalam pertarungan pertunjukan dan mempunyai satu lagi perlawanan pada awal musim 2024 dengan legenda tinju, Buakaw Banchamek. – AGENSI

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications