Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini


Ndlovu mengaku atas kesalahan membunuh kanak-kanak jalanan sebelum memakan daging mangsa.

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini. Gempar satu dunia, dilapokan baru-baru ini seorang pembunuh bersiri di Zimbabwe mengaku telah membunuh kanak-kanak jalanan dengan memukul kepala mereka menggunakan batu sebelum makan daging mangsa. 

Menurut laporan dari Akhbar Daily Star, suspek bernama Thandolwenkosi Ndlovu yang hanya berusia 20 tahun telah diberkas pihak berkuasa pada 4 September lalu dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lapan kes pembunuhan di Harare, Zimbabwe.

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini
Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini. Kredit foto: Kosmo

Berdepan lima pertuduhan membunuh

Ndlovu kini berdepan lima pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh di mahkamah majistret Harare.

Munurut fakta kes, suspek didakwa menyasarkan kanak-kanak gelandangan ketika mereka sedang tidur antara 28 Ogos hingga 4 September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah membunuh mangsa, suspek didakwa tergamak menghancurkan tengkorak kanak-kanak gelandangan ini menggunakan batu. Suspek juga dikatakan telah memotong anggota badan mangsa dengan kaca sebelum mengeluarkan kemaluan dan usus mereka dan kemudiannya memasak serta memakan daging mangsa.

Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini

Jurucakap polis Zimbabwe, Asisten Komisioner Paul Nyathi mengesahkan bahawa Ndlovu dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lima kes pembunuhan di Harare.

Ndlovu juga disyaki terlibat dalam tiga pembunuhan lain di Bulawayo, kira-kira 450 kilometer dari Harare.

Media tempatan melaporkan bahawa pasukan penyiasat tidak menemui sebarang bukti setakat ini yang menunjukkan pembunuhan bersiri itu dilakukan untuk ilmu hitam. Siasatan kes ini masih lagi diteruskan. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Mamak News

0 Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah Seorang lelaki di California menarik nafas lega apabila dapat mengecapi kebebasan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications