Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Maria Arshad stabil, sudah boleh bercakap


PETALING JAYA – Pelakon popular era 1980-an, Datin Maria Arshad yang dilaporkan berada dalam keadaan separuh sedar dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sejak pagi semalam, kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh bercakap.

Berita gembira itu diberitahu sendiri menantunya iaitu pelakon dan penyampai radio, Sharifah Syahirah sewaktu dihubungi Kosmo! Online.

“Alhamdulillah mama sekarang stabil dan sudah menunjukkan respons. Dia sudah boleh bercakap dan berbual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selera makan pun sudah ada. Cuma mama masih dalam pemantauan doktor sebab bacaan garam dalam badan masih rendah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ketika ditanya tentang sakit belakang yang dialami pelakon veteran berusia 64 tahun itu, Shiera memaklumkan ibu mentuanya tidak lagi mengalami rasa sakit dan kejang seperti sebelumnya.

“Sakit belakang bila saya tanya sakit lagi tak? Mama cakap tak sakit dah. Mama pun sudah boleh tersenyum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan mama sehingga berlaku keajaiban,” katanya bersyukur.

Dalam perkembangan lain, Shiera berkata doktor belum lagi melakukan ujian imbasan MRI seperti yang dicadangkan semalam kerana menunggu keadaannya betul-betul kuat dan stabil.

Semalam, pelakon yang pernah membintangi filem Langit Tidak Selalu Cerah itu dikejarkan ke salah sebuah hospital swasta selepas mengalami kekejangan pada badan sehingga berada dalam keadaan separuh sedar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad memulakan kerjaya seni sebagai pelakon pada tahun 1981 dan mencipta populariti sezaman dengan bintang terkenal lain seperti, Uji Rashid, Noor Kumalasari dan Rubiah Suparman. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement