Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Masih Bermain Bola Sehingga 1:30 Pagi, ‘Minah Saleh’ Terkejut Tengok Cara Hidup Orang Malaysia


Masih Bermain Bola Sehingga 1:30 Pagi, Wanita Mat Saleh Terkejut Dengan Cara Hidup Orang Malaysia

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, segelintir mana-mana ‘kaki bola’ pasti akan meluangkan masa pada waktu malam atau selepas bekerja untuk bermain futsal dan bola sepak sehingga ke tengah malam.

Hal ini didorong oleh suasana nyaman dan sejuk pada waktu malam yang dikatakan sesuai untuk bermain bola sepak. Mereka hanya kepenatan untuk mengejar bola dan bukannya disebabkan cuaca panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak dinafikan, bersukan atau melakukan aktiviti kecergasan pada waktu malam – yang sepatutnya tempoh untuk badan berehat atau tidur – dipercayai merupakan amalan yang tidak baik untuk kesihatan.

Justeru, kita banyak dihidangkan dengan berita-berita melibatkan kematian ketika bersukan pada waktu malam yang diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut seperti yang pernah dilaporkan media beberapa tahun lalu.

Contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap seorang guru berusia 39 tahun yang meninggal dunia ketika bermain badminton pada waktu malam dalam kejadian di Pulau Pinang pada awal 2018 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kes hampir serupa turut pernah berlaku melibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang disahkan meninggal dunia ketika bermain futsal dalam kejadian di Taman Cahaya, Sabak Bernam pada tahun yang sama.

Difahamkan, hal tersebut dipercayai disebabkan badan yang bekerja lebih dari masa sepatutnya, samalah seperti situasi bersukan pada waktu malam (yang sepatutnya waktu berehat selepas lapan jam bekerja pada siangnya ).

Berbalik kepada situasi bersukan sehingga tengah malam, mereka juga biasanya akan singgah dahulu ke kedai makan untuk menghilangkan kepenatan dengan makan atau minum bersama rakan – satu lagi amalan kurang sihat iaitu makan / minum lewat malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, adakah anda rasa bersukan pada waktu malam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak kemudian makan dan minum teh tarik di mamak dahulu pada lewat malam adalah perkara yang sihat?

| Kampungmamakcom Bermain Bola Sehingga 130 PagiGambar Hiasan | Kredit: istockMinah Saleh terkejut tengok orang Malaysia main bola 1.30 pagi

Dalam perkongsian kali ini kita bukan menyentuh kepada impak bersukan ketika malam, tetapi tentang seorang wanita ‘minah saleh’ di Malaysia yang terkejut melihat sekumpulan individu bermain bola sepak di padang sehingga tengah malam.

Bagi segelintir orang Malaysia, ia mungkin perkara biasa, namun bagi warga asing ia mungkin luar biasa dan jarang dilihat di negara mereka (negara luar).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video yang dikongsikan oleh @anna_sullivan10 di laman TikTok, pada awalnya dia terdengar bunyi wisel dan tergerak untuk melihat perkara yang berlaku di luar pangsapurinya.

Ketika itu dia terlihat kelibat sekumpulan individu sedang bermain bola sepak di stadium berdekatan dengan tempat tinggalnya dan apa yang lebih mengejutkan, pada ketika itu jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

Pada pendapatnya, pemain bola tersebut mungkin lebih suka bermain pada waktu malam disebabkan suasana yang sejuk pada ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi, saya sedar mereka masih bermain bola sepak. Mungkin disebabkan suhu di Kuala Lumpur (Malaysia) kini mencecah 90 Fahrenheit (32 darjah Celcius), jadi mereka suka bermain pada waktu malam, lebih sejuk,” katanya.

Tidak hanya itu, banyak komen yang ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan.

| Kampungmamakcom Bermain Bola Sehingga 130 PagiKredit: Anna_Sullivan10| Kampungmamakcom Bermain Bola Sehingga 130 PagiKredit: Anna_Sullivan10

Video penuh minah saleh berkenaan boleh ditonton menerusi pautan TikTok di bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@anna_sullivan10

KL things ⚽️🇲🇾 #kl #kualalumpur #malaysia #latenight #cityscape #highrise #soccer #futbol

♬ original sound – Anna Sullivan

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Anna_Sullivan10 | Tiktok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement