Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Masih Terasa ‘Romantiknya’, Pemuda Singgah Lokasi Rakaman Filem My Heart, Ramai Terimbau Nostalgia Lama


Masih Terasa ‘Romantiknya’, Pemuda Singgah Lokasi Rakaman Filem My Heart, Ramai Terimbau Nostalgia Lama

Filem Indonesia, My Heart yang diterbitkan pada 2006 sempat meraih populariti luar biasa dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila ditayangkan di negara-negara jiran, termasuk Malaysia.

Lakonan mantap daripada Irwansyah, Acha Septriasa dan Nirina Zubir memang cukup rencahnya dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada penonton, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang dilamun cinta ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, lagu tema filem berkenaan yang mempunyai judul yang sama turut siulan anak muda yang membesar dalam tempoh berkenaan. Malah, boleh dikatakan ia menjadi salah satu lagu wajib untuk dinyanyikan jika ke pusat karaoke.

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang lelaki ketika berkunjung ke lokasi utama penggambaran filem tersebut berjaya menarik perhatian netizen selepas menjadi tular di platform Tiktok.

Menurut pemilik akaun bernama @yoggi130, video berkenaan diambil ketika dia berada di Situ Patenggang yang terletak di Selatan Bandung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@yoggi130

Dari dulu pengen ke lokasi film My Heart akhirnya kesampaian juga 🥺 #fyp #tiktoktravel

♬ Kehilangan[Instrumental] – Heart

Menerusi rakaman video tersebut, dia berkongsi keadaan semasa lokasi penggambaran berkenaan yang kelihatan tidak jauh berubah dengan apa yang ditayangkan di dalam filem yang diterbitkan kira-kira 17 tahun lepas. Pemandangan yang indah lagi menenangkan masih boleh dirasai oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, beberapa kemudahan turut disediakan seperti bot yang bersedia membawa pelancong membelah tasik dan menikmati keindahan alam semula jadi pada tahap yang berbeza.

Video yang berdurasi 20 saat itu kini telah menerima lebih 3.1 juta tontonan dan 414,000 tanda suka. Rata-rata netizen turut terpegun melihat pemandangan di tasik situ Patenggang yang sangat cantik.

Malah, ramai menyimpan hasrat untuk ke sana pada satu hari nanti dan ada juga merasa sebak apabila terkenangkan memori lama keluar menonton filem berkenaan di pawagam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: @yoggi130/Tiktok| KampungmamakcomKredit: @yoggi130/Tiktok

BACA: Netflix Dilapor Bakal Siarkan Rancangan Anugerah Secara Langsung Buat Pertama Kali

Sumber: @yoggi130 via Tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Biarpun namanya hangat menjadi bualan sejak semalam, anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kekal tenang dalam gelanggang media...

Hiburan

0 BANGI – Susulan pendedahan mengenai seorang artis mengambil bahan terlarang, pelakon Rozita Che Wan mengakui ada individu terasa sehingga wakil sebuah syarikat pengurusan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Kurang yakin dengan bacaan ketika mengaji, itu antara alasan yang diberi pelakon Datin Lisa Surihani apabila ditawarkan untuk terlibat dalam...

Advertisement