Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Maskot Sukan Komanwel Jadi Tempat Puak Teori Konspirasi Meroyan


Sukan Komanwel 2022 yang sedang berlangsung di Birmingham, England ini semakin hampir melabuhkan tirainya. Walaupun acara ini dianggap meriah bagi negara anggota Komanwel, terdapat kekecohan daripada penganut teorik konspirasi terhadap acara pembukaannya di Birmingham.

Ini selepas ada di antara mereka yang mengaitkan acara pembukaan di Kota Birmingham itu bersifat seperti mengembalikan kisah Samiri yang membuat berhala sapi daripada emas.

Namun, perkara ini ditolak oleh seorang pengguna Facebook bernama Halim Abdurrahman Halim. Jom kita ikuti penerangan beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maskot Sukan Komanwel Dari Seorang Kanak-Kanak Yang ‘Di-Samirikan’ Oleh Penganut Teori Akhir Zaman

Tersebar teori baru dari geng teori konspirasi mengenai adanya patung bull/lembu pada acara Sukan Komanwel di Birmingham, konon itu adalah lembu Samiri. Baca teori ini aku dah rasa senak perut. haha.

Bull dalam acara itu adalah sempena maskot Perry The Bull yang menjadi simbol kepada negeri Birmingham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maskot ini dilukis oleh seorang kanak-kanak berusia 15 tahun bernama Ema Lou dan dia dinobatkan sebagai pemenang melukis maskot.

| Kampungmamakcom Sukan Komanwel

Apabila ditanya kenapa Ema menjadikan bull sebagai maskot, katanya:

“I chose a bull because of the Bullring in Birmingham, and I decided to use hexagons because they are the strongest shape and the whole world depends on each other. I am so excited that my design will be seen by so many people!”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ya, di Birmingham memang sinonim dengan lembu, bahkan Birmingham digelar sebagai Bull Ring serta ia telah menjadi jolokan selama berabad-abad.

Nama Bull Ring merujuk kepada hijau dalam Corn Cheaping yang digunakan untuk mengumpan lembu. ‘Cincin’ adalah gelung besi di Corn Cheaping yang mana lembu diikat untuk umpan sebelum disembelih.

Hanya disebabkan lukisan seorang kanak-kanak yang kemudian menjadi maskot Birmingham, para penganut teori konspirasi di Malaysia meloncat tidak keruan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesan kami, daripada asyik berteori, baik baca benda yang lebih bermanfaat untuk diri dan umat.

Terdapat juga komen daripada seorang pengguna Facebook yang menyatakan bahawa keluarga Ema sebenarnya berasal daripada Malaysia.

| Kampungmamakcom Sukan Komanwel

BACA: Datuk Pandelela: Gelaran Terkini Ratu Terjun Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Birmingham Mail, Halim Abdurrahman Halim

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

3s PEMAIN golf negara, Gavin Kyle Green mahu menjadikan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia yang membuka tirainya semalam sebagai medan persiapan terbaik sebelum ke Sukan...

Advertisement