Hi, what are you looking for?

Hiburan

Masuk umur 40 tahun, Nora Danish mula takut mati


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – “Ya, saya memang ada masalah anxiety (kegelisahan melampau) sejak baru-baru ini.

“Masalah itu jugalah (anxiety) selalu membuatkan saya sering terfikir untuk mati dan jadi takut nak laluinya”.

Demikan pengakuan aktres popular, Nora Danish mengenai masalah emosinya yang mula didiagnos menghidap masalah anxiety sejak akhir-akhir ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Nora, dia sendiri tidak tahu apa punca serangan anxiety namun mula dikesannya sejak usianya menjangkau 40 tahun Mac lalu.

“Nak kata anxiety tu datang disebabkan faktor tekanan kerja tidak juga.

“Disebabkan komen-komen negatif netizen pun tidak juga, sebab saya sendiri jenis tidak ambil tahu sangat pasal mereka,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bersyukur kerana tahap anxiety yang dihidapi masih di peringkat awal dan masih terkawal, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif bagaimanapun menyifatkan masalah tersebut sebagai satu perkara serius yang tidak boleh dipandang remeh.

“Macam saya, rawatan spesifik tiada sangat, tetapi saya lebih banyakkan membaca dalam media sosial mengenai motivasi dan bagaimana untuk menangani masalah tersebut.

“Sejak dah berumur ini, jujur saya sendiri memang takut dan selalu terfikir pasal kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bayangkan sampai tahap nak naik kapal terbang pun saya jadi takut dan fikir akan mati sampai boleh jadi anxiety.

“Risaunya tu sampai tahap saya pernah call (hubungi) emak untuk jagakan anak-anak dan keluarga selain buat wasiat siap-siap pasal harta pusaka yang saya ada,” ujarnya usai tayangan perdana telefilem berjudul Kan Cheong terbitan Thinkerbell Studio semalam.

Selain Nora, telefilem yang bakal menemui penonton menerusi Astro First bermula esok turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GERIK – Mayat lelaki warga emas dijumpai tersangkut pada dahan p di dalam sungai di Kampung Air Panas...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MANCHESTER – Kekalahan be­sar yang dialami ketika berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu mungkin...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Kedengaran aneh tetapi tidak bagi empat wanita Britain yang teruja memulakan kerja baharu mereka di sebuah pejabat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications