Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Max Verstappen mula laung amaran awal


MANAMA, Bahrain – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner percaya pelumba utama pasukan, Max Verstappen bersedia untuk memburu gelaran dunia ‘hatrik’ pada saingan Formula Satu (F1) musim ini selepas cemerlang pada aksi pramusim di Bahrain kelmarin.

Sebagai rekod, Verstappen mempamerkan pemanduan dalam kelas tersendiri apabila mencetak masa terpantas pada sesi ujian pertama di Litar Antarabangsa Bahrain dengan menewaskan pelumba veteran, Fernando Alonso yang mewakili Aston Martin.

Menurut Horner, pelumba kelahiran Belanda itu dilihat cukup tenang meskipun berjaya merekodkan gelaran juara dunia sejak dua edisi lepas dan kini sudah tentu sedikit tertekan dalam usaha mengekalkan kejuaraan musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anda boleh lihat bagaimana Verstappen begitu tenang di atas litar, tetapi dalam masa yang sama sangat bermotivasi untuk memburu kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut.

“Semangat yang ada padanya begitu berkobar dalam usaha memberi saingan kompetitif pada kempen musim ini dan saya percaya dia akan terus cemerlang pada aksi Grand Prix (GP) Bahrain pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Verstappen yang baru berusia 26 tahun meng­akui sangat gembira apabila dapat melakukan 150 pu­singan pada sesi ujian pramusim ter­akhir sekali gus membantu me­nguji jentera baharu Red Bull dengan lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini adalah permulaan yang baik buat saya di sini dengan jentera begitu konsisten sehingga berjaya merekodkan masa terpantas. Cuma, saya tidak boleh terlalu berpuas hati kerana masih ada ruang yang perlu diperbaiki,” katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement