Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan flat


KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat dan cukup sifat ditemui di Blok A Flat Danau Kota, Setapak di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada saksi awam berkenaan penemuan mayat bayi itu dalam keadaan lebam di kawasan rumput dan beralaskan papan kayu.

“Siasatan awal mendapati mayat yang dijumpai dipercayai berumur sehari, jantina perempuan dan bangsa tidak pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement