Hi, what are you looking for?

Tempatan

Mayat Lelaki Sangkut Di Ranting Pokok Sungai


KUALA SELANGOR – Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada ranting pokok di Sungai Kuala Selangor berdekatan Kampung Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu disedari pemancing yang mencari udang di sekitar kawasan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.31 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikerah dalam operasi mencari mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti tersangkut di ranting pokok tepi sungai berkenaan.

“Anggota bomba dengan bantuan polis dan bot nelayan tempatan berjaya mengeluarkan mayat itu pukul 1 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Norazam, mayat mangsa diserahkan pihaknya kepada polis untuk tindakan lanjut dan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – “Daddy mana, bila daddy balik”. Demikian soal anak-anak pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari...

Sukan

0 LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications