Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi


SEREMBAN, 6 Jan (Bernama) — Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari.

“Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada pukul 5.30 petang tadi untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Kisah seorang wanita dikerumuni jemaah ketika waktu solat Jumaat selepas terjaga daripada terlelap, menjadi tular dalam media sosial di Indonesia. Lapor liputan6.com,...

Mamak News

0 Wah! Dengar cerita sekarang ni ada permainan baharu yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Bukan lato-lato, ya? Ini lain. BACA: Hati-Hati...

Sukan

0 PASUKAN Selangor FC dijangka dapat menggunakan ‘rumah baharu’ mereka, Kompleks Sukan Shah Alam seawal musim 2027 selepas mercu tanda baharu ne­geri Selangor itu...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan perolehan kumpulan pertama projek kapal tempur pesisir (LCS) seperti dalam perancangan sebelum ini. Bagaimanapun kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications