Hi, what are you looking for?

Mamak News

MBPP Buat Laporan Polis Lelaki Menyamar Petugasnya Minta Angpau


MBPP buat laporan Polis lelaki menyamar petugasnya minta Angpau

GEORGE TOWN, 25 Jan (Bernama) — Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuat laporan polis berhubung seorang lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dipercayai untuk meminta ‘angpau’ daripada penduduk di kawasan Batu Lancang, di sini baru-baru ini.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dan tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyamar sebagai kakitangannya dalam apa jua keadaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan aduan yang diterima daripada orang awam berhubung kejadian seorang lelaki yang memakai pakaian seragam MBPP dan meminta angpau di kawasan perumahan, pegawai bertugas telah turun padang membuat siasatan terhadap perkara tersebut.

 Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“MBPP mengesahkan lelaki itu bukan kakitangan kami dan dia dengan niat jahat menyamar sebagai petugas pembersihan MBPP dan helah tersebut telah berjaya dikesan,” menurut kenyataan itu malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kenyataan itu, ketika ditahan lelaki tersebut sedang mengambil bungkusan diberikan oleh seorang penduduk di kawasan berkenaan, namun selepas ditanya mengenai butiran diri dan tindakan mengambil bungkusan itu, dia meminta maaf lalu mengaku bukan pekerja MBPP.

MBPP turut memaklumkan pemberian angpau kepada petugas pembersihan tidak dibenarkan dan meminta kerjasama daripada orang ramai untuk tidak memberi sebarang bentuk sumbangan terhadap kakitangan PBT itu.

“Sesiapa yang mendekati atau meminta angpau dalam apa jua keadaan sama ada kakitangan MBPP atau seseorang yang menyamar sebagai kakitangan PBT, laporkan segera menerusi talian Hotline MBPP 24 jam 04-2637637 (pejabat) dan 016-2004082 (Whatsapp Aduan MBPP),” menurut kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hari ini tular video berdurasi 1 minit 10 saat seorang lelaki memakai pakaian MBPP mengambil bungkusan daripada pemilik rumah dan berjaya dikesan kakitangan PBT berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Sukan

0 LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan....

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications