Hi, what are you looking for?

Mamak News

MDEC, DPIA jalin kerjasama bantu usahawan


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) komited membantu usahawan domestik dan antarabangsa melalui Program 1001 Minda Jutawan yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kerjasama ini adalah bagi membolehkan pihak kementerian bersama tokoh-tokoh usahawan saling bantu-membantu dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan.

“Lebih daripada 20 orang sifu atau tokoh-tokoh usahawan yang berjaya akan memberi perkongsian dan ilmu kepada masyarakat di luar dan perancangan yang dilakukan oleh DPIA ini juga dilihat lebih kurang sama dengan kementerian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, pihak kementerian turut menerima secara tangan terbuka dan mengalukan mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai program serta matlamat yang sama dalam melahirkan usahawan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Semula 1001 Minda Jutawan di Seri Pacific Hotel di sini.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian juga sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk usahawan di seluruh negara mahupun di luar bandar dan mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama.

“Pihak kami ini teori dan pembuat dasar namun semangat bekerjasama dari semua pihak perlu diambil sebagai satu Keluarga Malaysia supaya matlamat dicapai dengan baik,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program 1001 Minda Jutawan oleh Sukses Sifu ini dijenamakan semula selepas dilancarkan pada tahun 2020 menampilkan 20 tokoh hebat yang mempunyai latar belakang dan perjalanan yang menarik sebelum mencapai kejayaan.

Orang ramai yang ingin menonton video panel-panel 1001 Minda Jutawan oleh Sukses Sifu boleh membuat pendaftaran di https://mysuksessifu.com dengan tawaran empat pakej menarik serandah RM99.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pekej ditawarkan boleh menghubungi talian 014-3666665.-K!ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang pelancong dari Brazil ditahan polis Bali selepas didapati menyeludup dadah jenis kain seberat 3.9 kilogram (kg).  Gadis berusia 19 tahun itu...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Akaun Instagram dan TikT aktres meningkat naik, Sophia AlBarakbah tiba-tiba dibanjiri komen netizen yang mengecamnya kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkap dapur rumah di tingkat enam sebuah pangsapuri di...

Lifestyle

0 Minoru restoran tidak menghidangkan menu berasaskan babi, ‘no pork, no lard‘. Ada Daging Wagyu, Nikmati Hidangan Premium Jepun Di Minoru Japanese Restaurant Kuching....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications