Hi, what are you looking for?

Hiburan

Media sosial Sophia AlBarakbah diserang netizen


PETALING JAYA – Akaun Instagram dan TikTok aktres meningkat naik, Sophia AlBarakbah tiba-tiba dibanjiri komen netizen yang mengecamnya kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’ dalam rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Perkara tersebut tercetus selepas Bella mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menasihatkan Sophia tidak meneruskan niat untuk menjadi pemusnah rumah tangga orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pesan saya, awak baru hendak naik dalam industri dan ramai lagi lelaki yang menunggu di luar sana.

“Bergelar pelakon sahajalah, jangan menjadi penyondol pula. Tolong jangan jadi penyondol, saya suka awak berlakon,” komen netizen.

Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun tidak membalas mana-mana komen dan mengambil pendekatan berdiam diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonannya dengan Aliff yang dimuatnaik dalam Instagram sebelum ini juga telah dipadam.

Usaha Kosmo! Online mendapatkan respons daripada bintang filem Miimaland itu tidak berhasil berikutan mesej dan panggilan tidak dijawab.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah drama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Sejak beberapa minggu lalu, Bella yang juga peserta program Famili Duo beberapa kali berkongsi mengenai wanita perampas dalam media sosial miliknya sekali gus memberi bayangan rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications