Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mee Kuning Rasa Kapur, Jom Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan Rasa Kapur & Pahit Mee Kuning


Mee Kuning Rasa Kapur, Jom Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning

Terdapat pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan dengan menggunakan mee kuning seperti mee kari, mee rebus dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah ketika anda enak menjamah juada mee kuning, tiba-tiba lidah terasa pahit atau berkapur?

Dalam pembuatan mee kuning terdapat satu bahan, iaitu kalsium karbonat dan natrium hidrosikda yang digunakan dalam proses penghasilannya. Bahan kimia ini merupakan sejenis alkali yang membantu memejalkan tekstur mee, meningkatkan nilai pH menjadi alkali dan membuatnya tahan lebih lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kedua-dua bahan ini juga meninggalkan rasa yang kurang enak pada mee sekaligus mampu menjejaskan kualiti penyediaan makanan sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi tips daripada pengguna Tiktok @vrdawirda, berkenaan cara menghilangkan rasa kapur pada mee kuning.

Apa yang perlu anda buat adalah dengan mengikuti tujuh langkah dibawa secara teliti. Pertama, mee yang hendak digunakan perlu dimasukan ke dalam satu bekas. Kemudian tuang air panas dalam bekas tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, anda perlu mengasingkan mee yang dimasukkan supaya tidak bersimpul antara satu sama lain. Tambah enam sudu besar gula perang atau gula putih dalam bekas berkenaan.

Gaut sehingga sebati dan biarkan mee lebih kurang setengah jam. Selepas itu, anda akan melihat minyak keluar daripada mee dan timbul di permukaan air.

Akhir sekali, bilas mee berkenaan dan siap untuk digunakan dalam masakan. Rasa mee akan menjadi lebih asli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anda boleh menonton video yang kami kongsikan dibawah untuk lebih memahami langkah-langkah di atas.

@vrdawirda

“TIPS CUCI MEE KUNING BERBAU KAPUR” #tips #sharingtips #tipstiktok #masukberanda #cucimeekuning #fy #fypage #fyp #fypシ゚ #homecook #masakapaharini #malaysianfood

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – WIRDA | Homecook Creator – WIRDA | Homecook Creator

Melalui perkongsian beliau ramai netizen berterima kasih kepada beliau yang berkongsi petua yang berguna tersebut dan ada juga yang pernah mencuba petua tersebut dan berhasil.

| KampungmamakcomKredit: vrdawirda/tiktok

Namun ada segelintir netizen berasa bimbang jika mee tersebut direndam terlalu lama ia akan kembang, tetapi menurut pemilik akaun tiktok itu, elak rendam mee dalam air panas supaya mee tidak mengembang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: vrdawirda/tiktok

Semoga petua yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda semua kerana penjagaan makanan sangat penting untuk kesihatan kita. Selamat mencuba!

Sumber: vrdawirda via Tiktok, Sis Lin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement