Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan


Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

JASIN, 27 Mac (Bernama) — Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini hari ini, beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia adalah selaras dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Insya-Allah di negeri Melaka belum terbentuk kerajaan (perpaduan yang) MADANI… tapi ke arah itu di Melaka,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata perubahan landskap politik negara itu juga akan dapat disaksikan di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Maksud Malaysia Madani, Slogan Baharu Negara Malaysia

Pada PRN Negeri Melaka pada Nov 2021, BN berjaya memperoleh majoriti lebih dua pertiga dengan menguasai 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ketika ini, Melaka ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan BN.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut menyampaikan sumbangan kepada lapan buah pusat tahfiz berserta duit raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan penyampaian geran daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM60,000 kepada lima penerima.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement