Hi, what are you looking for?

Tempatan

Melancong Sambil Mencuri, Enam Individu Termasuk Tiga Wanita Ditahan


CAMERON HIGHLANDS, 10 Jan — ‘Melancong sambil mencuri’ merupakan taktik enam individu termasuk tiga wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata, di sini, sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun itu dan antaranya mempunyai pertalian darah, ditahan dalam serbuan di sebuah lokasi di Brinchang kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu lepas.

BACA: Warga Emas Cedera Terjatuh Ketika Mendaki Bukit Pejajat

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami menerima maklumat berkenaan kes pecah cermin kereta bahagian penumpang belakang kenderaan jenis Toyota Vellfire dan sebuah beg galas berisi wang tunai sebanyak RM260,000 telah dicuri, dan mendapati ia merupakan salah satu daripada tujuh kes tersebut.

“Hasil serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, telah berjaya membawa kepada penangkapan enam suspek dalam tempoh kurang dari satu jam kes itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas beg hitam berisi wang tunai berkenaan, beg mengandungi peralatan pecah cermin serta anak kunci gari, empat paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan sepaket plastik berisi ketulan dimampatkan daun kering disyaki dadah jenis ganja.

Ramli berkata turut dirampas dalam serbuan itu termasuklah pelbagai jenis barangan kemas, 10 buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM 3,843.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas yang dikenali sebagai Muhammad Zaidi Zainal yang mempunyai 26 rekod jenayah lampau dan seorang lagi yang dikenali dengan nama panggilan Faiz.

“Mereka yang datang dari Sungai Petani, Kedah turut membawa anak kecil berumur lapan bulan sehingga 19 tahun, menginap di sebuah pusat penginapan terkemuka di sini sejak Khamis lepas,” katanya.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 39A (2) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Mamak News

0 JAKARTA: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik larutan air garam (ORS) yang tular di media sosial kerana dikatakan berkesan menahan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pendedahan aktres Diana Danielle tentang anak keduanya, Nur Aurora trauma ketika mengulas dakwaan suaminya, Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa dengan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications