Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Melihat Dari Sudut Berbeza Di Sebalik Kejatuhan Kumpulan Nasyid Terunggul Di Dunia


Di sebalik kejatuhan sesebuah kugiran muzik atau kumpulan penyanyi popular, sering kali salah seorang dari anggotanya akan dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca perpecahan.

Misalnya John Lennon yang dipersalahkan kerana menjadi punca The Beatles terkubur pada 1970 dan Zayn Malik yang mula meninggalkan One Direction sejak 2015.

Sayangnya, kumpulan nasyid terhebat sepanjang zaman dari negara kita, Raihan turut terpalit dengan konflik dalaman sehingga potensinya untuk berdakwah dan menakluk dunia disia-siakan begitu sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas isu ini, Mohamed Hadi AH yang jelas turut kecewa telah memuat naik perkongsian berikut di Facebooknya bagi memberikan pandangannya sendiri mengenai betapa rugi dan besarnya implikasi yang tercetus akibat salah seorang anggota Raihan, Nazrey Johani yang meninggalkan kumpulan tersebut pada 2006.

| Kampungmamakcom Nazrey Raihan Nasyid

Begitu Syulit Lupakan Raihan

  1. Tular video mengenai bekas vokalis Raihan, Nazrey Johani (NJ) yang menceritakan punca dirinya keluar dari kumpulan Raihan pada tahun 2006. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama NJ cerita benda ni, tapi yang kali ni ada orang pickup maka jadi viral.
  2. NJ bersama kumpulan Raihan selama sedekad dari tahun 1996 hingga 2006.
  3. Aku bukanlah pengkaji muzik nasyid yang mendalam, tapi kalau setakat album-album Raihan, boleh testlah, aku tahu A sampai Z. Dari sudut produksi, tema, susunan muzik, aku hadam jugaklah. Pada awalnya kerana Farihin Abdul Fattah, aku merasakan Farihin mempunyai ‘musical sense’ yang tinggi dan melodinya seDAP-seDAP. Dari album Puji Pujian (1996), Syukur (1998), Bismillah (1999), Demi Masa (2001) dan Gema Alam (2002), Farihin boleh berikan lagu-lagu hits yang diperlukan oleh Raihan. Masuk album Allahu (2004), Raihan menerbitkan sendiri albumnya.
  4. Kembali kepada tajuk asal. Aku mempunyai sudut pandang lain mengenai ‘konflik’ NJ – Raihan dan pandangan ini mungkin tidak popular.
  5. Pertama sekali kita mesti ingat, keputusan untuk berundur dari Raihan ialah keputusan sebelah pihak NJ. Punca? Seperti yang dia sendiri sebut, kerana dia tidak gembira dengan apa yang dia lalui dalam Raihan walaupun show sana sini. Aku tak tahu apa yang sebenarnya dia tak gembira.
  6. Cuma aku terkilan apabila dia menganggap show sana sini itu ‘sekadar kerja’. Tidak, itu adalah dakwah. Dakwah dengan hiburan. Tentu sekali dakwah ada banyak medium, tapi membawa risalah Islam ke pelusuk dunia dengan nasyid, itu adalah satu kerja dakwah. Kena ingat, ini kerja berpahala kalau niatnya betul.
  7. Jika NJ tidak seronok ketika di dalam Raihan, aku tak tahu apa niat dia bernasyid. Atau dia sendiri tak sure apa yang dia sedangkan lakukan. Orang putih kata, conscience is not clear. Atau dia tak gembira dengan ahli-ahli kumpulan Raihan?
  8. Kalau nak kata perjuangan berdakwah di Sabah, adakah dia kata berdakwah di Sabah lebih penting berbanding berdakwah ke seluruh dunia? Aku tak tahu.
  9. Apabila dia balik Sabah 20 hari ‘macam tu’ saja, siapa yang tak marah. Tentulah ahli kumpulan marah. Dahlah kau cuti 20 hari (ini pun dia sendiri akui yang dia tak terfikir percutian dia menjejaskan show Raihan – selfish?), lepas balik 20 hari kau cakap kau nak keluar Raihan. Kau expect geng Raihan nak pujuk?
  10. Lainlah kalau dia sendiri cadang boleh tak aku balik berdakwah di Sabah tapi sekali-sekala kalau aku free, aku joinlah show Raihan. Tak juga. Sebaliknya dia pulak expect geng Raihan yang propose kat dia macam tu.
  11. Nampak tak apa sebenarnya punca masalah? Masalahnya ialah profesionalisme. Tak profesional. Cuti ikut aku suka, berhenti ikut aku suka dan lebih kepada “aku ingatkan diorang gini gini…”, “patutnya diorang kenalah gini gini…”. Kalau dah 6 tahun tak balik Sabah, boleh je bincang elok-elok. Eh aku dah lama sangat tak balik kampung ni, boleh tak clearkan satu, dua minggu dalam setahun untuk aku balik kampung. Inilah profesionalisme.
  12. Kalau dok main buah ingatkan itu, ingatkan ini serupa meeting kat kedai kopi jelah. Itu yang last last menyanyi kat pasar tani. Kena ingat, album Tawakkal (2006) tu NJ tak habis nyanyi. Hanya rakam 5 lagu saja. Lepas tu keluar macam tu saja. Sebab nak berdakwah? Kamon…
  13. Tak dinafikan selepas NJ keluar Raihan, memang populariti Raihan merosot. Tapi waktu tu sebenarnya populariti nasyid itu sendiri memang dah merosot. Dengan NJ atau tanpa NJ, nasyid memang dah malap waktu tu. Walaupun Raihan cuba buat macam-macam, berkolaborasi dengan pelbagai artis, tapi sekadar itu sajalah. Hinggalah kolaborasi dengan Alif Satar menaikkan semula nama Raihan, dan kini dengan Naim Daniel pulak.
  14. NJ pulak lepas keluar Raihan lagilah macam-macam dia buat. Menyanyi kat pasar tani dan pasar malam. Pernahlah buat album solo jugak. Masa tu lagi orang tuduh macam-macam, nak keluar Raihan sebab nak buat album sololah tu. Sekali memang betul pun, walaupun aku percaya niat asalnya tidaklah begitu.
  15. NJ berada dalam Raihan selama 10 tahun, tapi sudah di luar Raihan selama 16 tahun. Lagi lama duduk luar dari duduk dalam. Tapi selepas 16 tahun, aku tengok macam tu jugaklah Raihan dan NJ ni. Tak ada closure. Tergantung. Balik-balik cerita benda sama nak dakwah kat Sabah.
  16. Cuma nasib baik jugaklah seingat aku jarang sangat anggota Raihan yang lain mengulas mengenai pengunduran NJ dari Raihan. Yang asyik kena menjawab ialah NJ.
  17. Realiti pahitnya, kejatuhan dan perpecahan Raihan berpunca dari ketiadaan pengurus yang cekap dan ketiadaan pelan induk yang jelas. Tiada business sense yang jelas. Salah seorang yang pernah komen perkara ini ialah Zahid Ahmad, pemain drum sessionist untuk album-album dan show Raihan. Dia sebut dalam buku dia Tuk Tak (2021) bahawa mastermind di dalam kumpulan Raihan yang sebenarnya ialah almarhum Zarie Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2001 selepas terbitnya album Demi Masa. Menurut Zahid, pemikiran strategik Raihan ada pada Zarie, manakala ahli-ahli kumpulan lain sekadar ikut sahaja.
  18. Selaku peminat Raihan juga, aku perhatikan lepas Zarie dah tak ada dan Farihin juga tidak lagi menguruskan Raihan, Raihan ni ibarat “tunggu masa” saja. Dan jadilah apa yang terjadi.
  19. Apa yang aku kesalkan kat sini ialah Raihan sebenarnya boleh pergi sangat jauh ke peringkat antarabangsa jika mereka ada pengurusan yang betul. Ya betul nasyid mungkin tak laku di Malaysia pada ketika itu (2006 ke atas), tapi nasyid tetap laku di seluruh dunia. Raihan ada material yang mencukupi untuk buat konsert pusing dunia, 8 album penuh album campur album-album kompilasi, katalog dalam tangan senang-senang je dah ada 100 lagu. Silap-silap boleh duduk UK teruslah kalau kena perancangannya. Tapi semua potensi itu disia-siakan oleh konflik dalaman.
  20. Bayangkan sejauh mana boleh pergi tu, aku bagi satu contoh je. Masa Sami Yusuf mula-mula keluar album tahun 2003, Sami Yusuf ni sekadar artis selingan untuk konsert Raihan je. Bukak meja jual CD tepi jalan lagi waktu tu. Betapa gah Raihan waktu tu. Tapi sekarang Sami Yusuf kat mana, Raihan kat mana? Album Sami Yusuf terjual jutaan unit seluruh dunia, berkonsert satu dunia, siap bawak sessionist Raihan iaitu Ramli Rebana @ Mohram pusing keliling dunia perform kat UK, kat Dubai. Tu jangan bagi aku bukak cerita pasal Maher Zain pulak. Maher Zain cuma muncul di Malaysia 15 tahun selepas kemunculan Raihan.
  21. Raihan? NJ? Macam itu jugalah. Masih gitu gitu juga. Secara umumnya Raihan tu nampak jugaklah dah move on tapi NJ ni dari semasa ke semasa masih cerita benda-benda lama sambil serkup arang bak kata Sharwani. Sebab tu orang Melayu tak boleh maju.
  22. Panjang aku merentan ni. Kecewa? Ya, aku kecewa. Sebab apa? Sebabnya, begitu syulit lupakan Raihan, apa lagi Raihan baik. Raihan tersangat baik. Raihan terlalu besar jasanya. Berapa ramai yang masuk Islam kerana lagu-lagu Raihan? Bukan semua orang diberi rezeki macam tu. Ada pendakwah puluh tahun ceramah, tak ada siapa pun yang masuk Islam kerana ceramah dia. Aku jadi ketua jabatan Syariah ni pun belum ada siapa lagi yang masuk Islam dalam genggaman tangan aku. Anak-anak aku belajar nama 25 rasul dan 10 malaikat melalui lagu-lagu Raihan, dan jutaan lagi anak-anak umat Islam juga terhutang budi atas sebab yang sama. Sebegitu besar jasa dan reputasi Raihan tapi ada pihak yang masih nak ulang-ulang cerita pasal NJ keluar Raihan.
  23. Raihan adalah khazanah negara malah khazanah ummah, malangnya tidak diuruskan sebaiknya. 16 tahun yang merugikan kerana tiada perancangan rapi.
  24. 16 tahun yang terbuang tak mungkin boleh diulang lagi. Cuma pada pengakhirannya aku harap Raihan dan NJ akan ada closure sebelum semuanya dijemput Ilahi nanti. Maaflah kasar sikit menulis ni, sebab bagi aku sudah-sudahlah kerja menyerkup arang ni. Takkan nak tunggu ada yang mati baru nak menyesal? Patutnya itu, patutnya ini. Patut apanya kalau masing-masing dah mati masa tu. Tapi kalau nak kekal begini saja pun ikut suka hatilah. Aku hidup macam ni juga, hujung bulan gaji masuk macam biasa.

| Kampungmamakcom Nazrey Raihan Nasyid

BACA: Daging Korban Ditawar Jadi Ganti Bayaran Persembahan, Di Mana ‘Letaknya’ Genre Nasyid Di Mata Masyarakat?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Mohamed Hadi AH

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023...

Sukan

3s LONDON – Marc Marquez percaya pelumba baharu KTM, Pedro Acosta mampu menjadi pencabar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas mempamerkan...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi kehilangan permata dalam industri bola sepak tempatan apabila jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi....

Sukan

0 PETALING JAYA – Legenda bola sepak negara era 1970-an, Khalid Ali yang bersama skuad Harimau Malaya pada kelayakan Sukan Olimpik 1980 di Moscow...

Advertisement