Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Memang sejenis tiada hati perut? Shahrulezad selar blog biadab


PETALING JAYA – Penerbit Shahrulezad Mohameddin menempelak sikap biadab pengendali blog yang meletakkan tajuk dan kapsyen berbaur fitnah berhubung situasi kesihatan Nad Zainal sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Katanya, berita palsu membabitkan nyawa seseorang secara tidak langsung mencetuskan panik dalam kalangan kenalan dan peminat Nad Zainal yang kemudian menyebabkan dirinya menjadi sasaran untuk mendapatkan pengesahan.

“Disebabkan kapsyen blog bodoh macam inilah sejak semalam saya dapat banyak mesej WhatsApp daripada orang keliling tanya ‘betul ke Cik Ijat, betul ke Nad dah **?

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Korang pemilik ‘page’ ini memang sejenis tiada hati perut ke? Memang spesis manusia yang suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain?

“Disebabkan benda macam inilah punca orang jadi tak keruan,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Shahrulezad yang juga antara individu rapat dengan Nad turut memuat naik tangkap layar paparan sebuah blog yang menulis: Salam takziah buat Nad Zainal. Ini berita baru yang diterima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, pemilik Radius One itu turut meluahkan rasa berang dengan tindakan beberapa blog lain yang seakan berlumba-lumba berkongsi pula berita palsu itu.

Sehubungan itu, katanya selepas ini dia enggan lagi melayan sebarang pertanyaan yang dicetuskan akibat terpedaya dengan kapsyen sebegitu.

“Bagi sesiapa yang mesej saya tanya soalan pelik hanya disebabkan terpedaya dengan kapsyen bodoh macam ni, saya minta maaf banyak-banyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya cuma mampu ‘bluetick’ saja sebab tak larat nak jawab soalan merepek yang berpunca daripada perkara mengarut tersebut.

Menurutnya lagi, sebarang perkembangan sahih mengenai pelakon Cina Buta itu boleh diketahui menerusi perkongsian rakan baik Nad, Ungku Ismail menerusi Instagram.

“Ungku Ismail akan laporkan dari semasa ke semasa perkembangan Mad. Kalau tiada sesiapa update maknanya Nad okay. Kami cuma kongsikan perkara perlu saja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang saya harapkan sangat sekarang ialah doa yang baik-baik saja untuk kesembuhan Nad,” ujarnya.

Semalam, Ungku Ismail memaklumkan pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu kembali ditidurkan berikutan kemerosotan oksigen dan paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.

Ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri sejak 22 November lalu berikutan jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.- KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement