Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Menangis Punca Anak Didera Hingga Mati


TELUK INTAN – Hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan, seorang wanita tergamak mendera anak perempuannya sehingga menemui ajal Rabu lalu.

Kejadian menimpa mangsa berusia satu tahun 11 bulan itu terbongkar selepas dibawa ibunya pada pukul 2.30 pagi ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kerana sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pemeriksaan doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemeriksaan awal doktor mendapati beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka pada hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka pada belakang telinga kiri dan belakang kepala.

“Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan tumpul pada bahagian dada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ibu mangsa telah ditahan pada pukul 5 petang hari sama selepas menyerah diri di Balai Polis Teluk Intan.

“Siasatan mendapati punca suspek mendera anak kandungnya itu kerana tertekan mangsa sering menangis. Mangsa baharu diambil semula oleh ibunya tahun lalu daripada pengasuh yang menjaga kanak-kanak itu sejak Jun 2020.

“Suspek merupakan seorang suri rumah manakala suaminya nelayan. Suspek mempunyai empat anak dan mangsa merupakan anak ketiga,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement