Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mencarut Dan Lempar Tohmahan Melampau, Pelajar UiTM Biadab Kena ‘Sound’ Dengan Senior


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara membuat ciapan dengan menggunakan bahasa kesat, caci maki dan tohmahan melampau, seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dihenyak kembali oleh salah seorang bekas penuntut institusi pengajian tersebut di Facebook.

Ciapan tersebut dibuat dipercayai kerana dia tidak berpuas hati dan ingin menangguhkan pengajiannya asbab tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan merasakan dirinya tertindas dengan sewa rumah serta belanja yang meningkat.

Keluhan dan rintihan hatinya tersebut dijawab dengan penuh mesra oleh Afiq Johari, yang pernah menuntut di Faculty of Sports Science & Recreation, UiTM pada satu ketika dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ikuti panduan dan nasihat yang dititipkan untuk adik-adiknya di UiTM melalui hantarannya berikut:

UiTM

BIADAB

Jelas melampau tohmahan kau. Sepanjang aku belajar di UiTM Shah Alam 2008 – 2014 memang aku akui sukar nak dapat kemudahan kolej kediaman. Sebabnya harga yuran kolej yang ditawarkan sangat murah jika dibandingkan jika kau menyewa di luar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi ada caranya untuk kau layak dipertimbangan untuk diterima masuk kolej. Antaranya:

  1. Aktif dalam aktiviti kolej. Kumpul sebanyak mungkin kupon aktiviti, lagi banyak kau join aktiviti kolej lagi tinggi kau punya peluang untuk kau diterima masuk.
  2. Sertai badan beruniform macam PALAPES/SUKSIS. Yang ni 100% aku yakin kau boleh akan dapat kemudahan kolej.
  3. Aktif dalam aktiviti yang menyumbang nama Universiti. Contohnya penglibatan dalam sukan. Kau wakil UiTM ke, wakil negara ke mesti cerah untuk kau dapat masuk kolej. Dan inilah yang aku buat dari diploma sampai habis degree. Cuma kadang-kadang merempat juga la seminggu dua kat rumah kawan-kawan sebab tunggu proses rayuan masuk selesai.

Tiga-tiga cara kat atas ni, asasnya sama iaitu kau perlu beri komitmen masa dan tenaga kau pada UiTM. Kau nak duduk kolej, nak jimat belanja, tapi kau tak boleh nak bagi ‘sesuatu’ untuk UiTM? Sendiri fikir..

Tapi kalau kau rasa, masa belajar ni kau tak ada masa untuk semua ni sebab kau lebihkan masa untuk awek, untuk bersosial bukan-bukan dengan kawan-kawan, lupakan je la.. Pilih la duduk rumah sewa, cari moto murah-murah sebiji untuk kau pergi ulang alik ke kuliah.

Kita semua kene terima dengan segala kenaikan kos hidup. Rumah sewa, makan dan lain-lain belanja keperluan tu. Hidup makin mencabar. Kalau zaman belajar ni pon kau dah koyak sampai maki hamun institusi pendidikan yang Canselornya YDPA sebab tak dapat kolej, harap kau lebih tabah bila dah habis belajar. Kepayahan untuk dapat kerja yang stabil, beli rumah idaman, berkahwin dengan wanita pilihan kau dan teruskan hidup sebagai ketua keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga dipermudahkan urusan kau.

BACA: Rumah Sewa Pelajar: Ramai Pemilik Terpaksa ‘Pukul Rata’ Kerana Dah Serik Dan Trauma

Sumber: Afiq Johari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Baik Beli Kalau Bayar Sewa Dekat RM1k Sebulan,” Ramai Yang Kena Hadam Selagi Belum Mampu Beli Rumah Semua...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Raja Charles III tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) selepas dihalang oleh...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Minggu lalu kalau kita membelek media sosial antaranya TikT pastinya akan terbaca kisah hangat mengenai ‘mak cik baju...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kehadiran aktor popular Korea Selatan ke negara ini sempena penganjuran Konsert Cuckoo Appreci8th di Axiata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications