Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

‘Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa


Kek lapis Pelangi dapat kemasyhuran antarabangsa dalam rancangan pertandingan baking Australia

‘Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa. Kuih lapis pelangi, pencuci mulut istimewa Asia Tenggara, menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas muncul dalam acara pertandingan baking Australia, The Great Australian Bake Off.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @binge di aplikasi TikTok, kuih lapis pelangi itu ditampilkan dalam segmen kuih bersama chef, pengarah dan hos rancangan masakan Inggeris, Rachel Koo dan chef Darren Purchese.

Dalam pada itu, Khoo menggambarkan bagaimana kuih pelangi tersebut mengingatkannya pada zaman kanak-kanaknya, memetik siakapkeli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kuih lapis terkenal, mengingatkannya pada zaman kanak-kanaknya

“Bila melihat kuih ini, saya mesti tersenyum kerana kuih ini adalah kuih yang saya nikmati sewaktu saya kecil.

“Kuih lapis pelangi ini juga sangat terkenal di Asia Tenggara, dibuat dengan kelapa, tepung ubi kayu dan tepung beras,” ujarnya dalam klip tersebut menerusi sumber.

Difahamkan, perkara itu kemudiannya mengagumkan Purchese sehingga dia tidak boleh berhenti untuk menatap kuih tersebut disebabkan warnanya yang menyerlah. Kerana keistimewaan dan keunikannya, dia percaya kek itu sesuai untuk dipamerkan semasa Minggu Antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Khoo turut mengambil peluang menceritakan bagaimana kuih tersebut dimasak kepada Purchese. Malah, Khoo juga mengatakan kuih tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai sembilan lapisan dengan warna yang tersendiri.

Mengajar cara memakan kuih pelangi

Dipercayai Khoo yang gembira dengan kuih itu kerana berjaya menarik perhatian Purchese turut mengajarnya cara untuk memakan kuih tersebut.

“Ia sebenarnya tidak memerlukan garpu dan sudu, jadi anda hanya ambil satu (lapisan), dan tarikannya. Kemudian masukkan ke dalam mulut anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terdapat sembilan lapisan, jadi penting bagi baker untuk mendapatkan kesemua sembilan lapisan. Hanya tarik sahaja dan masukkan ke dalam mulut,” ujarnya lagi.

Netizen turut gembira kerana kuih itu masuk antarabangsa

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan keterujaan dan kegembiraan hidangan tersebut mendapat kemasyhuran antarabangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Hatrik Akram Afifi menerusi tiga sepakan penalti mengesahkan kejuaraan Piala Asia buat Qatar apabila menewaskan Jordan 3-1 di Stadium Lusail,...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Mengakui dalam fasa bermalas-malas sehingga kurang bersemangat melakukan sebarang kerja, penyanyi Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan mendadak. Ujar Wany...

Sukan

0 DOHA – Ketua jurulatih Australia, Graham Arnold mengakui ketumpulan jentera serangan menjadi punca utama pasukannya tersingkir pada kempen Piala Asia 2023 susulan tewas...

Advertisement