Hi, what are you looking for?

Hiburan

Mengapa jadi baik, buat saya terluka? – Amelia Henderson


PETALING JAYA – Aktres dan model jelita, Amelia Henderson seolah-olah memberi bayangan tentang status hubungan cintanya dengan Aedy Ashraf yang dikatakan sudah berakhir.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson memberitahu dia telah mencuba melakukan yang terbaik namun akhirnya dilukai.

“Why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hurt? (Mengapa mencuba untuk menjadi baik dan buat benda yang betul hanya membuatkan diri saya terluka?),” ciap Amelia menerusi Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Kisah Cinta Kita itu mendedahkan, dia sudah letih untuk terus berpura-pura.

“Sick of pretending (penat nak berpura-pura),” ciap Amelia, 27.

Biarpun tidak menujukan ciapan tersebut kepada mana-mana pihak secara spesifik. Status tersebut turut menuai perhatian ramai sehingga ada yang mengirimkan kata-kata semangat agar segala urusan Amelia dipermudahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Kisah Cinta Kita itu bagaimanapun masih memilih pendekatan mengunci mulut tentang spekulasi putus cinta yang sedang diperkatakan. 

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hubungan percintaan pasangan hero heroin drama bersiri Kisah Cinta Kita itu seperti dilanda masalah berikutan luahan berbaur patah hati Aedy menerusi Twitter.

“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan”, tulis Aedy dalam akaun Twitternya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menguatkan spekulasi perpisahan mereka apabila ada pengikut yang mempersoalkan tindakan masing-masing yang sudah saling tidak mengikuti satu sama lain dalam Instagram.

Dalam hantaran lain, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi turut memuat naik emoji bunga layu, seperti menggambarkan ‘Renjana’ (panggilan Aedy kepada Amelia) yang kini dipercayai menjauhkan diri.

Ciapan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kecewa seandainya hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini pada 27 Mac lalu, kecoh dalam media sosial apabila tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan di Bukit Jalil.

Sekitar tahun 2018, Amelia mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami iaitu Tunku Harunnarasheed Putra. Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tarikh dan punca perceraiannya. – KOSMO! ONLINE

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement