Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Meninggal Sebab Sakit Perut Tergolong Dalam Kategori Mati Syahid? Ini Jawapan Dr Zulkifli


Sakit Perut mati syahid

Meninggal Sebab Sakit Perut Tergolong Dalam Kategori Mati Syahid? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Semua orang yang hidup di atas muka bumi ini menginginkan pengakhiran yang baik-baik dan meninggalkan legasi atau sumbangan kepada dunia mahupun negara.

Bagi umat Islam, mati dalam ‘khusnul khotimah’ atau pengakhiran yang baik adalah sangat diimpikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu lagi pengkahiran yang baik adalah dengan syahid, namun kebanyakan orang menganggap mati syahid itu terjadi apabila terbunuh di dalam medan perang sahaja.

Mati syahid tidak semestinya terjadi sewaktu sedang berperang di medan perang, ia mungkin terjadi disebabkan oleh penyakit.

Terbaru, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ada mengulas berkenaan pertanyaan seorang netizen berkaitan soalan, adakah sakit perut sebagai mati syahid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk mengetahui jawapan kepada soalan tersebut mari kita ikut perkongsian tersebut pada hari ini.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Soalan tentang hadith mati syahid adakah benar seorang yang meninggal kerana sakit perut itu dikatakan mati syahid? Adakah hadith itu mengandungi konteks? adakah benar mereka tidak diazab? isteri saya meninggal kanser ada ketumbuhan di perut adakah termasuk dalam hadith ini? terima kasih didahulukan atas jawapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Benar sekali, sakit perut termasuk di kalangan orang yang mati syahid. Sebuah hadith menyebut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada Jabir bin ‘Atik bahawa:

أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ ثَابِتٍ لَمَّا مَاتَ قَالَتْ ابْنَتُهُ: وَاللهِ إِنْ كُنْتُ لَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ شَهِيدًا، أَمَا إِنَّكَ قَدْ كُنْتَ قَضَيْتَ جِهَازَكَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ قَدْ أَوْقَعَ أَجْرَهُ عَلَى قَدْرِ نِيَّتِهِ، وَمَا تَعُدُّونَ الشَّهَادَةَ؟ قَالُوا: قَتْلٌ فِي سَبِيلِ اللهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدَةٌ

Maksudnya: “Abdullah bin Thabit ketika meninggal dunia, anak perempuannya berkata: ‘Demi Allah, aku sangat berharap engkau mati syahid. Adapun engkau telah mempersiapkan peralatan engkau (bagi menyediakan peralatan perang dan ekspedisi serta lain-lain).’ Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allah telah menjadikan pahalanya setimpal dengan apa yang diniatkannya, dan menurut kamu, siapakah orang yang dikira mati syahid itu?’ Mereka menjawab: ‘(Orang yang mati syahid itu) ialah orang yang terbunuh di jalan Allah.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh orang, iaitu orang yang mati kerana taun adalah syahid, orang yang mati tenggelam (lemas) adalah syahid, orang yang mempunyai luka pada lambung lalu mati adalah syahid, orang yang mati kerana penyakit perut adalah syahid, orang yang mati dalam kebakaran adalah syahid, orang yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid dan seorang wanita yang meninggal dunia sedangkan dia dalam keadaan mengandung adalah syahid.’”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang yang mati kerana penyakit perut adalah syahid

Riwayat Ahmad (23753); riwayat Nasa’i dalam hadith yang panjang dengan sedikit perbezaan lafaz (1846); riwayat Ibn Majah dengan lafaz seumpamanya (2803); Syeikh Syu‘aib al-Arnaut dalam Takhrij al-Musnad (23753) menilainya sebagai sahih. Begitu juga al-Albani dalam Sahih Abi Daud (3111) menilainya sebagai sahih.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT kepada mereka kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka.  (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syahid di akhirat dan syahid di dunia

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan dalam kitabnya bahawa melalui hadith-hadith yang menyebutkan berkenaan orang-orang yang dikira syahid, kita dapat bahagikan mati syahid itu kepada dua kategori iaitu:

Syahid di akhirat dan syahid di dunia iaitu sesiapa yang gugur (terbunuh) di jalan Allah melawan orang-orang kafir (bagi menegakkan agama-Nya) ikhlas kerana Allah serta dalam keadaan mara ke hadapan dan bukannya berundur melarikan diri — daripada musuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syahid di akhirat sahaja iaitu mereka yang diberikan pahala mati syahid, namun tidak terpakai ke atas mereka hukum syahid tersebut di dunia — yakni mereka masih lagi perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya. (Lihat Fath al-Bari, Cet. Dar al-Salam, 6/55).

Mati syahid di dunia tetapi tidak di akhirat

Walau bagaimanapun, Imam al-Nawawi menambah kategori yang ketiga iaitu mereka yang mati syahid di dunia tetapi tidak di akhirat. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitu juga, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan kategori ini di dalam kitabnya yang lain dan menyatakan, mereka ialah sesiapa yang gugur di dalam perang melawan orang-orang kafir — yakni bagi menegakkan agama-Nya — tetapi adanya halangan ke atas mereka seperti niat yang rosak dan ketika lari dari medan perang. (Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 189).

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maksudnya: “Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Sumber: Maktabahalbakri

The post Meninggal Sebab Sakit Perut Tergolong Dalam Kategori Mati Syahid? Ini Jawapan Dr Zulkifli appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 Rang Undang-undang Kawalan Produk R Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Mer...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications