Hi, what are you looking for?

Mamak News

Menteri Kesihatan Baharu, KJ ‘Beri Salam’ Isu Lelaki Dihalang Rakam Video di PPV


Baru-baru ini, viral di Twitter satu insiden yang dikongsikan oleh seorang netizen berkenaan pengalamannya dihalang merakam video semasa menerima suntikan vaksin oleh seorang pegawai kesihatan.

Menurut pegawai tersebut, tujuan dia menghalang ialah kerana bekas Menteri Penyelaras Imunisasi COVID 19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sudah meletak jawatan dan polisi tersebut sudah tidak terpakai lagi.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang berpendapat perkara tersebut tidak patut dilakukan dan tak semestinya jika seorang menteri meletak jawatan, semua arahannya sudah terbatal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Assalamualaikum” – KJ

Walau bagaimanapun, selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan barisan kabinet yang baru dan melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baru, isu itu nampaknya kembali mendapat perhatian.

Yang lebih menariknya, KJ sendiri telah retweet posting lelaki terbabit dengan tweet bertulis ‘Assalamualaikum’. Oopppsss….

Tweet dari Menteri Kesihatan baru kita ini telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang berpendapat nampaknya isu tersebut bakal diselesaikan tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada waktu yang sama, Dato’ Lee Chong Wei juga turut sempat mengucapkan selamat kembali bertugas kepada YB KJ selaku Menteri Kesihatan yang baru dilantik.

Habislah kak oi, pening nak kena jawab salam tu! Itulah, lain kali janganlah sombong sangat..

Jurukamera TV3 Jatuh Bot

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications