Hi, what are you looking for?

Mamak News

Menteri Rasmikan Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR Pertama Di Malaysia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KOTA KINABALU, 17 Januari 2022 – Pada hari ini, saya ke Beaufort  melihat dan merasmikan Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR pertama di  Malaysia. Petronas Dagangan Berhad (PDB) merupakan syarikat perkhidmatan membekal petrol dan diesel melalui Portable Container  System (PCS ROVR) ROVR.

2 PCS ROVR merupakan satu model pembekalan stesen minyak yang  dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974  (Akta 144). Ianya sangat berguna untuk tempat-tempat yang tiada stesen  minyak atau stesen minyak itu tidak dapat digunakan akibat daripada  bencana alam seperti banjir dan tanah-runtuh.

3. PCS ROVR Beaufort adalah antara PCS ROVR dalam perancangan  pembekalan PDB kepada masyarakat luar bandar di Sabah. PCS ROVR Beaufort telah mula beroperasi sejak 26 November 2021. Pada ketika ini ia  merupakan satu-satunya PCS ROVR berjenama PETRONAS yang sedang  beroperasi di Sabah. Setakat ini perkhidmatan PCS ROVR tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk  setempat iaitu dengan jualan harian melebihi sasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. Terdapat dua (2) buah PCS ROVR berjenama PETRONAS sedang  dibina selain PCS ROVR Beaufort yang mana tapak pembinaannya telah  diluluskan oleh KPDNHEP dan dijangka akan beroperasi pada tahun ini. Selain PCS ROVR Beaufort di bawah PDB, terdapat empat (4) PCS ROVR jenama lain yang sedang beroperasi di Sabah. Jumlah keseluruhan PCS  ROVR yang beroperasi di Sabah pada ketika ini ialah sebanyak lima (5)  buah.

5. PETRONAS sedang menimbang untuk menjadikan PCS ROVR  sebagai model stesen minyak mini di masa akan datang dengan modal yang  mampu milik bagi pengusaha/peniaga kecil dan tidak memerlukan tanah  yang luas untuk beroperasi bergantung kepada jumlah penduduk,  kenderaan serta keperluan petrol di sesebuah lokaliti yang tidak mendapat  perkhidmatan stesen minyak perkhidmatan penuh (full-pledge petrol  station).

6. KPDNHEP yang bertanggungjawab mengawal selia serta memajukan  perdagangan dalam negeri dan pada masa sama menjaga kepentingan  pengguna sentiasa mengalu-alukan dan menyokong inovasi dan cara  baharu perniagaan yang boleh mendatangkan nilai tambah dan faedah  kepada pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications