Hi, what are you looking for?

Mamak News

‘Menu Rahmah’ Beri Impak Luar Biasa, Banyak Kedai Makan Kini Mula Turunkan Harga!


Lebih 15,000 restoran di seluruh negara mula menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40 pada 31 Januari yang lalu.

Di media sosial juga kini banyak maklum balas positif diterima dari netizen yang turut berkongsi tentang impak yang dibawakan oleh Menu Rahmah di sekitar kawasan tempat tinggal dan tempat kerja mereka.

Satu ciapan di Twitter yang ditulis oleh Injang (@Injang_Nation) mendakwa kedai-kedai makan yang tidak terlibat dengan inisiatif ini juga khabarnya kini turut sama-sama menurunkan harga makanan!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun harga makanan yang dijual tersebut masih lagi ada yang melebihi paras RM5, namun rata-rata kedai makan ini didapati turut terkesan dengan ‘rahmat’ yang dibawakan oleh Menu Rahmah ini.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen turut menyedari hal ini dan sama-sama berkongsi kisah Menu Rahmah mereka.

Berikut adalah ciapan yang tular tersebut yang kini telah menerima lebih 250 ribu Views!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menu Rahmah tu dah start juai ka? Kedai makan kat tempat kerja aku pun tetiba harini macam murah pulak. Menu sama ja dengan apa yang aku dok biasa makan. Selalu RM8-9, harini tetiba RM6.50. Sebab kesan dari Menu Rahmah tu ka gena?”

Menu Rahmah

——

Komen netizen:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sama la tadi makan nasi + ayam paprik (3-4 senduk juga kaut) total baru RM6. Air kosong sebab tak suka minum air manis. Selalunya kene RM 8-9.”

“It’s working!”

“Tadi pun kawan beli RM5 dapat dia cakap biasa harga RM7/8”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“No wonder my nasi kandar is RM6.50”

“Berdekatan LRT Lembah Subang.
1- Nasi kukus Pak Ngah = RM6. Air free (sirap & teh o ais) boleh refill.
2- Abang Misai. Nasi + 1 lauk + 1 sayur = RM6. Air free (air masak & sirap), boleh refill.”

——

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimana pula di kawasan anda? Ada Menu Rahmah? Harga makanan turun tak?

BACA: Syukur! Pelajar IPT Kini Boleh Nikmati Menu Makanan Berkualiti Serendah RM3.50!

Sumber: Injang @Injang_Nation

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications