Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,074 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Jumlah itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,805,337 kes.
Kes positif harian COVID-19 setakat tengah hari 15 Januari 2022 menunjukkan penurunan berbanding 3,346 kes semalam.
Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, peratus rakyat Malaysia yang telah lengkap vaksinasi kini pada kadar 78.6 peratus. Negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 94.5 peratus.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Pada 15 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,074 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,805,337 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 15, 2022
Sumber: DG Hisham
