Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Merdeka Walk selami sejarah Stadium Merdeka


STADIUM Merdeka yang terletak berhadapan Menara Merdeka 118 dan Masjid Merdeka menyimpan lipatan sejarahnya tersendiri apabila menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan kali pertama pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dibina pada 15 Julai 1956 hingga 21 Ogos 1957 dengan keluasan 9.68 ekar (3.87 hektar), ia mampu memenuhi kapasiti sehingga 20,000 orang, malah pelbagai acara pernah diadakan termasuk penganjuran Sukan Sea Semenanjung, perhimpunan besar selain konsert artis luar negara.

Biarpun sudah lama dibina, stadium tersebut masih terjaga de­ngan kali terakhir acara dihoskan di situ pada 25 Januari hingga 27 Januari 2020 iaitu Himalayan Gold Cup Football Tournament dan sehingga kini, ia masih ditutup kepada orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, bagi memastikan mercu tanda ikonik bersejarah itu kekal diingati, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) menganjurkan acara jelajah wa­risan dan lawatan berpandu mempromosikan stadium tersebut kepada pengunjung luar.

Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Tengku Dato’ Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, Stadium Merdeka masih mengekalkan ciri-ciri yang sama biarpun terdapat penambahbaikan dilakukan terma­suk reka bentuk jubin yang diimport dari India bagi memastikan keasliannya.

Tengku Dato Ab Aziz

“Apabila Stadium Merdeka ini dibuka semula pada tahun depan, ia bakal menarik kunjungan orang ramai ekoran pelbagai aktiviti sihat yang dirancang seperti yoga atau taici.

“Ditambah lagi selepas Menara Merdeka 118 ini beroperasi kelak, Stadium Merdeka ini boleh menjadi lokasi bagi kakitangan dan pekerja di sekitar sini untuk bersenam terlebih dahulu pada waktu pagi sebelum masuk ke pejabat,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada acara berjalan kaki Merdeka Walk baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Menara Merdeka 118 dan Masjid Merdeka yang bakal menjadi tumpuan kelak, difahamkan sebuah muzium akan diwujudkan di lokasi berdekatan.

Ia menyimpan pelbagai koleksi tekstil milik Tokoh Budayawan Melayu, Allahyarham Sharifah Azah Mohammad Alsagoff atau Azah Aziz yang juga dikenali sebagai Mak Ungku.

Dalam pada itu, acara jelajah atau Merdeka Walk yang berlangsung baru-baru ini dikendalikan oleh Kaki Jelajah Warisan yang juga salah satu penerima Program Geran Komuniti Merdeka 118 oleh PMVSB iaitu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program tersebut turut disertai pengunjung dalam dan luar negara dengan dipandu oleh Dennis Ong daripada Kaki Jelajah Warisan.

Lawatan tersebut bermula dari Stadium Merdeka, melalui Bukit Petaling dan berakhir di Zhongshan Building terletak di Kampung Attap.

Sewaktu lawatan di Stadium Merdeka, peserta dibawa melihat dalam, luar dan di sekeliling stadium.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pelancong asing tertarik dengan seni bina Stadium Merdeka yang masih terpelihara hingga kini

Dari situ, mereka akan melihat dengan lebih jelas Menara Merdeka 118 dan Masjid Merdeka yang masih dalam pembinaan.

Selepas menghabiskan hampir satu jam di situ, kumpulan tersebut kemudian meneruskan perjalanan ke Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat, manakala Dennis ‘tidak jemu’ berkongsi penerangan berhubung sejarah bangunan di kawasan ter­sebut.

Lawatan seterusnya adalah di Jalan Petaling atau Petaling Street yang popular dalam kalangan pe­lancong asing termasuk rakyat tempatan.

Kemudian, rombongan kecil tersebut mengakhiri lawatan di Kampung Attap yang turut menjadi lokasi penganjuran Festival Seni dan Budaya atau PESZTA 2023 anjuran Merdeka 118 bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Think City, Zhongshan Building, Sam Mansion, HEART Residence, Yayasan Lim Yee Hoh, Pentago House, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor, Triptyk dan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut mengenai lawatan tersebut, Dennis berkata, Merdeka Walk bertujuan untuk memberi pemahaman dan penghargaan kepada tempat-tempat bersejarah di sekitar kota bandar dan menekankan penceritaan dari pada segi hubungannya dengan kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia.

“Melalui minat orang ramai, pemeliharaan nilai tempat-tempat bersejarah dapat dipertingkatkan melalui perbincangan, pertuturan seharian dan sikap ingin tahu yang bertambah.

“Penamaan jejak warisan Mer­deka Walk telah bermula sejak 2012 lagi oleh Rakan KL sempena inisiatif komuniti tempatan untuk memperjuangkan pemeliharaan warisan di kota bandar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya, kami rangkumi Merdeka Walk sekurang-kurang­nya dengan empat laluan mengikut tajuk yang berbeza dan tema yang berlainan,” jelas beliau.

Acara jelajah bermula di Stadium Merdeka dan diakhiri di PESZTA yang memaparkan persembahan kebudayaan tempatan penuh berwarna warni

Ditanya mengenai sambutan orang ramai terhadap Merdeka Walk, Dennis berkata, ia sangat memuaskan dengan sokongan daripada Merdeka 118.

“Kami dapat mencapai lebih ramai orang untuk mempelajari asal usul kota bandar dan cara hidup orang dahulu sehingga sekarang, serta menyedari perhubungan yang erat antara kini dan dahulu.

“Kami berharap untuk meneruskan program ini kelak agar sikap pemilikan (ownership) warisan kita dapat diterapkan dengan mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini salah satu kunci penting bagi pemeliharaan mampan wa­risan ketara mahupun yang tidak ketara.

“Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi cerita atau gambar dulu-dulu kami amat mengalu-alukan­nya,” katanya yang menambah Kaki Jelajah Warisan diasaskan oleh Toh Chin Hong dan Cheng Fui Lien.

Program Geran Komuniti Mer­deka 118 bertujuan untuk memupuk idea inovatif dalam bidang sukan, seni, budaya, warisan, dan perniagaan setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia termasuklah inisiatif seperti penganjuran bengkel pembangunan kapasiti, program komuniti, latihan vokasional, acara dan pertandingan serta lain-lain projek yang mampu mewujudkan impak positif kepada masyarakat.

Sila layari laman Facebook Kaki Jelajah Warisan di https://www.facebook.com/KakiJelajahWarisan untuk menyertai jelajah warisan dan maklumat lanjut.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Hiburan

0 DILAHIRKAN dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun...

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications