Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

“Merry Christmas”, SMS Pertama Di Dunia Dihantar 30 Tahun Dahulu Pada Tarikh Hari Ini


Merry Christmas merupakan mesej pertama di dunia yang dihantar kepada telefon bimbit 30 tahun dahulu, iaitu pada tarikh 3 Disember hari ini.

Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS) telah mencapai usia ‘keramatnya’ di dunia pada 3 Disember hari ini kerana tarikh yang sama 30 tahun lalu, mesej teks pertama dihantar dihantar ke telefon bimbit, lapor NDTV.

Difahamkan, mesej tersebut telah dihantar oleh seorang jurutera Vodafone di Berkshire, United Kingdom yang dikenali sebagai Neil Papworth.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia yang bekerja sebagai pengaturcara perisian menghantar mesej itu kepada bos firma tersebut iaitu Richard Jarvis.

Pada ketika itu, Jarvis sedang berada di pesta sambutan Krismas, menyebabkan Papworth tidak mendapat pesanan balas daripada mesej yang dikirimnya.

Menurut NDTV, tujuan mesej itu dihantar adalah dipercayai untuk menguji teknologi yang mereka hasilkan pada masa tersebut buat pertama kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesej ringkas itu berbunyi, “Merry Christmas.”

| Kampungmamakcom Mesej Pertama Dihantar 30 Tahun DahuluGambar: Vodafone Group

Difahamkan telefon bimbit yang dimiliki oleh Jarvis pada waktu itu merupakan versi baharu ketika itu iaitu Orbitel 901 dengan berat 2.1 kilogram.

“Pada tahun 1993, saya langsung tak tahu betapa popularnya mesej teks (SMS), hal ini secara tak langsung mencetuskan era penggunaan aplikasi pesanan (mesej) yang digunakan berjuta-juta orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Baru-baru ini saya memberitahu anak-anak saya bahawa sayalah yang menghantar teks pertama bagi mesej tersebut.

“Tetapi jika diimbas kembali, dapat dilihat dengan jelas kepentingan ‘mesej Krismas’ yang saya hantar dan menjadi detik penting dalam sejarah telefon mudah alih,” kata Papworth.

Imbas kembali. sistem penulisan SMS ketika mula-mula dibangunkan dahulu hanya boleh ditulis sehingga 160 aksara sahaja dalam satu pesanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan konsep itu terhasil pada awal 1980-an tetapi mengambil masa hampir 10 tahun sebelum ia ‘dimasukkan’ ke peranti mudah alih.

Seperti yang kita tahu, penggunaan telefon ini telah mencapai kemuncaknya apabila berbilion-bilion mesej (SMS) dianggarkan dihantar setiap tahun.

Manakala, istilah “mengirim teks” telah dimasukkan pada kamus pada tahun 2010.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun perkhidmatan SMS masih digunakan, namun pesanan teks bermesej kini semakin beralih kepada era lebih moden menerusi aplikasi WhatsApp dan iMessage.

Sumber: NDTV

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement