Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mersing Jadi Daerah Terbaharu Terjejas Banjir, Mangsa Melonjak Kepada 2,912 Orang


Mersing Jadi Daerah Terbaharu Terjejas Banjir, Mangsa Melonjak Kepada 2,912 Orang

JOHOR BAHRU, (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 2,912 orang setakat 12 tengah malam ini berbanding 1,703 yang direkodkan pada 8 malam tadi dengan Mersing menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan malam ini memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan PPS ialah 30 di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga ditempatkan di 13 PPS diikuti Kluang dengan 785 orang daripada 223 keluarga ditempatkan di sembilan PPS,” menurut kenyataan itu.

Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 471 orang daripada 120 keluarga ditempatkan di enam PPS manakala di daerah Mersing terdapat dua PPS yang menempatkan 264 penduduk daripada 97 keluarga.

Kenyataan itu memaklumkan selain tiga laluan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup kepada semua kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.12 meter, Sungai Lenik (Ladang Chaah) 7.34 meter, Sungai Segamat (Segamat Kecil) 37.9 meter dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) 15.11 meter.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement