Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya


Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Mesin mencuci pakaian atau lebih dikenali sebagai mesin basuh boleh dianggap satu peralatan wajib ada di setiap rumah. Kewujudan barangan elektrik ini sangat membantu dalam urusan harian khususnya dalam mencuci pakaian kotor tanpa perlu menggunakan tenaga dan masa kita.

Kini, pelbagai jenama dan ciri  yang ditawarkan oleh syarikat barangan elektik seperti mampu mengeringkan pakaian tanpa perlu menjemur di bawah sinaran matahari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahan lagi, kita juga mempunyai pilihan dalam membeli jenis mesin basuh termasuklah jenis front load.

Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sekiranya membeli mesin jenis front load. Jika tidak, ia boleh, menyebabkan mesin basuh anda bergegar sewaktu digunakan.

Jadi, apakah perkara yang perlu dititikberatkan oleh mereka yang mempunyai mesin jenis front load ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @hairulvcool di bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa Punca Mesin Basuh Baru Dibeli Bergegar? 

Dalam video berdurasi dua minit 26 saat yang dimuat naik di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Hairul menjelaskan kenapa perkara itu berlaku walaupun ia baru sahaja dibeli.

Difahamkan, mesin basuh jenis front load baharu kebiasaannya mempunyai rubber mounting yang masih belum dibuka pada bahagian belakang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tujuan Rubber Mounting

| Kampungmamakcom Mesin Basuh Baru Bergegar

Jelasnya, tujuan utama penggunaan rubber mounting digunakan adalah untuk tidak mahu mesin itu bergegar ketika dalam penghantaran dari kilang.

“Rubber mounting sebenarnya berfungsi  ketika dibawa dari kilang, dia taknak bergegar-gegar, dia pasang,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat Tak Membuka

Akibat tidak membuka terlebih dahulu bahagian berkenaan, ia menyebabkan mesin basuh bergegar sewaktu membasuh pakaian.

BACA JUGA: Tak Perlu Upah Orang, Ini Cara Cuci Mesin Basuh ‘Front Loader’ Sendiri Di Rumah

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mesin basuh front load, selalu orang complaint bergegar. Haa ni saya bagi tahu sikit rahsia yang mesin basuh front load ni kita beli baru. Benda ni korang kena buka.

“So technician, tolonglah bila hantar mesin basuh front load kat rumah customer, korang buka benda ni.

“Dia ada rubber mounting dekat belakang ni. Ha nampak mesin sekarang ni tengah spin. Tapi bila ada rubber mounting, dia taknak bergerak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bila kau tak buka, kau tengok sini, keras (sambil menekan bahagian dalam mesin), mati, macam kayu. So sepatutnya, benda ni kena buka. Lepas kita buka, tengok ni, barulah dia boleh ada suspension dia. Barulah dia tak bergegar,” katanya.

| Kampungmamakcom Mesin Basuh Baru Bergegar

Elak Jadi Mangsa Tipu

Jelasnya lagi, dia menyarankan kepada penjual untuk mengingati pembeli agar membuka empat bahagian itu selepas membeli mesin basuh tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu, itu juga dapat mengelakkan pemiliknya ditipu oleh tukang baiki yang tidak bertanggungjawab.

@hairulvcool

Ni kes naya orang tau! Korang take note ok! #fyp #washingmachine #refridgerator #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #DIYJE #kelasVIP #vfarmresort #hairulvcool

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TiktTok @hairulvcool

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement