Hi, what are you looking for?

Mamak News

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Sembilan Negeri


KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kejadian hujan lebat dan ribut petir di Kedah dijangka berlaku di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak, keadaan cuaca ribut dan hujan lebat dijangka berlaku di Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar dan Batang Padang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara di kawasan selatan, keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan, serta di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Di pantai timur, MetMalaysia turut meramalkan cuaca serupa di Terengganu, melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan daerah Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Malaysia Timur, ribut petir, hujan lebat dijangkakan melanda di Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) di Sarawak; dan Kudat di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SHAH ALAM – Pelabuhan di Selangor dijangka akan seluas saiz Singapura sekiranya Pulau Carey direalisasikan menjadi pelabuhan ketiga di negeri ini. Ini selepas...

Mamak News

0 PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam  Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan bahawa, susulan  daripada pengumuman YAB Perdana Menteri...

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications