Hi, what are you looking for?

Sukan

MFL kemukakan SOP baharu kemasukan penonton ke stadium


LIGA Bolasepak Malaysia bakal mengemukakan cadangan baharu Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan penyokong ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam berkata, buat masa ini MFL akan menggunapakai SOP musim lalu yang telah disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

“Buata masa ini kami telah mengadakan perbincangan peringkat awal dengan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum dikemukakan kepada MKN, KKM dan KBS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini (kemasukan penyokong) akan dijadikan satu permintaan MFL kepada MKN, KKM dan KBS untuk memberi pertimbangan kepada permintaan dan juga rayuan daripada pasukan-pasukan sendiri.

“Disini kita perlukan kerjasama daripada penyokong dan pasukan agar kelonggaran diberikan kepada penyokong dilaksanakan dengan sempurna.

“Kita lihat musim lepas, kita ada beberapa isu tempatan, disini saya  tak boleh salahkan mana-mana pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sendiri berusaha di MFL untuk laksanakan final Piala Malaysia sebaik mungkin tetapi setahu kita tahu dalam bolasepak bila adanya emosi SOP itu kita ketepikan, tetapi  itu saya rasa salah satu pergerakan pertama.

“Saya yakin penyokong dan kelab sudah ada pengalaman dari tahun  lepas menagani isu kemasukan peminat dan saya pasti kedua-dua pihak ini akan pastikan SOP tahun 2022 dijaga dan kerjasama bersama MFL , MKN , KBS dan agensi kerajaan akan dilaksanakan dengan sempurna tahun ini,” ujarnya pada taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 secara maya sebentar tadi.

Untuk rekod musim lalu, SOP yang dikeluarkan MKN, KKM dan KBS jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium adalah mengikut fasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi negeri yang berada dalam Fasa 2 dibenarkan 20 peratus atau 5,000 penonton (yang mana lebih rendah) diikuti Fasa 3; 30 peratus atau 10,000 penonton (yang mana lebih rendah) dan Fasa 4; 50 peratus atau 20,000 penonton (yang mana lebih rendah) daripada kapasiti venue yang digunakan untuk hari pertandingan.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications