Hi, what are you looking for?

Sukan

Mick Schumacher perlu tentukan nasib sendiri


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MONZA – Ketua Pasukan Haas, Guenther Steiner memberi amaran kepada Mick Schumacher supaya menampilkan aksi lebih baik jika mahu terus mewakili pasukan itu pada saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Meskipun menampilkan aksi memberangsangkan dalam beberapa perlumbaan terakhir, namun Steiner dikatakan masih belum berpuas hati dengan prestasi anak kepada legenda F1 dunia, Michael Schumacher.

Haas juga belum membuat keputusan siapakah pelumba yang akan bergandingan dengan Kevin Magnussen bagi menggalas cabaran pasukan, namun Mick masih berpeluang membuktikan kemampuannya dalam baki perlumbaan musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pelumba kedua Haas masih belum diputuskan. Kami sedang membuat pertimbangan demi kepentingan serta perkemba­ngan pasukan. Selain teknologi, kami juga mengambil kira faktor pemandu.

“Secara jujur, kami tidak tahu sama ada Mick (Schumacher) akan kekal bersama pasukan ataupun tidak. Memang dia me­nunjukkan prestasi yang bagus sejak akhir-akhir ini, namun tidak konsisten,” kata Steiner.

Justeru, beliau menggesa Mick supaya menampilkan aksi lebih baik dalam baki perlumbaan musim ini sekiranya dia mahu mengekalkan tempat di Haas memandangkan Steiner memiliki dua pilihan lain, iaitu Nico Hul­kenberg dan Antonio Giovinazzi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia perlu meyakinkan kami dengan prestasi yang lebih baik dalam perlumbaan-perlumbaan akan datang. Kami tidak tergesa-gesa untuk pemandu kedua, jadi Mick masih ada peluang buktikan kemampuan,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ANDAIAN peminat berkenaan keintiman Johnny Depp dengan peguamnya hampir tepat apabila bintang sensasi itu kini dikatakan menjalinkan cinta...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) membantah sepenuhnya pelaksanaan serta penubuhan Single...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Bising Di Pagi Ahad, Jiran Nekad Beri Surat “Warning” Suruh “Stop” Bising Atau Lapor Polis  AUSTRALIA – Seorang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PHILADELPHIA: Amerika Syarikat digegarkan lagi dengan insiden tembakan berhampiran padang sebuah sekolah di barat laut Philaphia selepas perlawanan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications