Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Mickey ‘guris’ perasaan Heung-min


KUALA LUMPUR – Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim mahu jadi pemain sehebat kapten Korea Selatan, Son Heung-min yang disifatkannya sebagai pemain luar biasa sama ada ketika di dalam atau pun luar padang.

“Apabila saya tengok balik video itu, saya pun tergelak juga. Tetapi saya hormat dan dia (Heung-min) seorang pemain yang cukup profesional, tidak sombong atau pun berlagak.

“Kita di Malaysia pun kena ambil contoh seperti itu,” kata tonggak Selangor FC itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas mengenai isi perbualannya dengan Heung-min seperti dalam video yang tular, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey menjelaskan tiada apa perkara istimewa yang dibincangkan sebaliknya lebih kepada aksi atas padang.

| Kampungmamakcom
TANGKAP layar daripada video yang tular menunjukkan Faisal sedang menjelaskan sesuatu kepada Heung min

“Sebenarnya tidak ada apa yang serius pun, dia tengah bincang dengan pengadil dan saya pergi dekat dengannya. Saya cakap penalti? Dia katakan macam mana boleh penalti dan sebab itu saya buat reaksi seperti itu.

“Dia tetap kata (rakan sepasukannya) hanya sepak bola. Saya kata kita lihat saja VAR (Video Bantuan Pengadil), jadi sebab itu dia nampak macam kecewa,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement