Seorang lelaki berusia 50 tahun dilapor tergamak menyerahkan isterinya, 44, kepada sahabat sendiri, 47, untuk dirogol semata-mata untuk memenuhi fantasi seks sonsangnya.
Bagaimanapun, nasib isterinya baik apabila sahabat kepada suaminya itu mempunyai masalah zakar tak berfungsi dan gagal merogolnya.
Coconut News yang mengimbas kronologi kes itu melaporkan, suami mangsa sekian lama menyimpan fantasi untuk melihat isterinya dirogol beramai-ramai di hadapan matanya. Dia kemudian menyatakan hasratnya itu dihadapan rakan-rakannya yang mana mereka semua tidak membantah idea tersebut.
Pada 2017, mereka kemudian berpakat untuk merealisasikan hajat si suami. Menurut rekod mahkamah, si suami bertindak meletakkan dadah dalam minuman isterinya sebelum mengikat mangsa di katil dalam keadaan berbogel.
Mangsa kemudian berjaya melepaskan diri dan bersemuka dengan suaminya yang mana si suami dan rakannya mengakui melakukan perbuatan keji tersebut, bagaimanapun mangsa tidak terus membuat laporan polis ketika kejadian itu berlaku.
Dia sebaliknya memaksa si suami dan rakannya menulis satu perakuan tentang penglibatan mereka dalam jenayah tersebut.
Sehinggalah pada 2020, dalam kes berbeza, seorang wanita, 32, menemui beberapa keping foto lucah dalam telefon bimbit suaminya. Wanita itu mengesyaki bahawa suami bersama rakan-rakanya telah berkonspirasi untuk merogolnya sebelum ini.
Wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suaminya sendiri. Siasatan lanjut kemudian berjaya menahan 4 orang lagi suspek yang mempunyai kaitan satu sama lain termasuk suami kepada wanita berusia 44 tahun berserta rakanya yang mempunyai masalah zakar tidak berfungsi itu.
Kes berkenaan kemudian dibawakan ke mahkamah untuk dibicarakan dan mencapai penghujungnya semalam.
Rakan kepada suami wanita pertama mengaku bersalah berkonspirasi untuk merogol dan dipenjara 3 tahun. Manakala si suami pula berdepan dengan pertuduhan merogol wanita kedua yang berusia 32 tahun dan kes masih berjalan.
Sumber: Coconut News
RM13.01
