Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Mimi, Syafiq tak bercinta, tapi berkawan – Pengurus


KUALA LUMPUR – Pengurus kepada pelakon Mimi Lana dan syafiq Kyle iaitu Iman Tang menolak dakwaan dua selebriti itu kembali bercinta, sebaliknya hubungan mereka hanya sekadar sahabat baik.

Iman ketika ditemui Kosmo! Online bagaimanapun berkata, Mimi dan Syafiq tidak pernah bermusuh selepas kedua-duanya tidak jadi melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos tahun lalu.

“Mereka masih berkawan. Walaupun tidak jadi bernikah, bukan bermakna mereka bermusuhan atau bergaduh.

“Sebab pada waktu kejadian (tak jadi kahwin), saya ada bersama dengan mereka,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Iman lagi, baik Mimi mahupun Syafiq, mereka masih mengekalkan hubungan profesional sehingga hari ini, malah baru selesai menjalankan sesi fotografi bersama-sama hari ini.

“Mereka memang tiada masalah. Malah sehingga hari ini mereka masih berkawan.

“Macam hari ini, mereka baru saja selesai menjalani sesi fotografi mempromosikan baju Melayu dan baju kurung untuk sebuah jenama tempatan,” kata Iman.

Menurut Iman lagi, sebagai pengurus, dia terbuka sekiranya kedua-dua pelakon itu kembali bersama (bercinta), namun masing-masing sedang sibuk dan fokus dengan kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya, sudah tentu saya mengalu-alukan (Mimi dan Syafiq kembali bersama). Lagipun mendirikan masjid (berkahwin) adalah perkara yang baik dalam Islam.

“Saya banyak kali makan malam dengan kedua-duanya. Tapi saya tidak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam. Kerana masing-masing sedang sibuk sekarang ini.

“Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” katanya.

Iman turut berharap agar pasangan ini dapat memaklumkan hubungan mereka lebih awal sekiranya ada berita baik yang mahu dikongsikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya berharap sekiranya mereka kembali bersama, mereka akan memberitahu saya lebih awal sebab sebelum ini saya hanyalah jemputan. Saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

Terdahulu, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana, 28, dan Syafiq, 32, sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, berbaki seminggu sebelum disatukan sebagai suami isteri, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan mereka pada 11 Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement