Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Minah Saleh’ Dari US Kongsi Lima Sebab Kenapa Dia Suka Malaysia


Siapa sangka, seorang wanita dari Amerika Syarikat (US) menyatakan sebab kenapa dirinya begitu suka untuk tinggal di Malaysia.

Sesebuah negara memang mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri, misalnya kaya dengan alam semulajadi, struktur bangunan, tempat bersejarah dan sebagainya.

Begitu juga dengan negara kita, Malaysia. Tidak dinafikan negara kita ialah salah satu tempat perlancongan yang turut menjadi tumpuan pelancong asing dari luar negara.

Sedia maklum, negara kita dipenuhi rakyat berbilang kaum, makanan tempatan yang menyelerakan, permandangan yang indah dan lain-lain lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, seorang pelancong asing dari Amerika Syarikat (US), Lilith @lilithinkl baru-baru ini berkongsi di TikTok tentang lima sebab mengapa dia suka tinggal di Malaysia.

Video yang berdurasi 56 saat itu telah mendapat sambutan daripada warga TikTok iaitu sebanyak 252,900 tontonan, 16,400 tanda suka, 332 komen dan 210 perkongsian (setakat artikel ini ditulis).

Dalam perkongsian itu, Lilith telah mendedahkan bahawa dia sukakan cuaca di Malaysia yang kerap hujan. Menurut perkonsgsiannya, dia merupakan seorang yang suka akan hujan kerana tempatnya sebelum ini tidak mengalami hujan sekerap di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, bagi seseorang yang Pluviophile (golongan yang suka hujan), mereka akan cenderung untuk menikmati suasana tersebut.

| Kampungmamakcom Lima Sebab Suka MalaysiaGambar Hiasan | Kredit: Sinar Harian

Seterusnya, permandangan matahari terbenam. Tambahnya, permandangan waktu senja di Malaysia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang cukup menakjubkan dan seakan tidak nyata (fantasi).

Dalam video tersebut jelas dikongsikan permandangan matahari terbenam yang memaparkan langit yang dicampuri warna ungu, biru, merah jambu dan jingga yang mengagumkan Lilith.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia juga tertarik kepada ‘slang’ yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Tak sangka ‘slang’ juga mempunyai daya tarikan kepada pelancong sepertinya.

Menurutnya, ‘slang’ seperti ‘lah, mah, wei, meh,’ adalah sesuatu yang ‘kelakar’. Sedia maklum, bagaimana rakyat Malaysia berinteraksi dengan pelancong asing tanpa meninggalkan ‘slang’ asalnya.

“Saya harap anda tak kisah kalau saya gunakannya,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada sudut makanan pula, Lilith juga tidak dapat menafikan bahawa dia telah ‘jatuh cinta’ dengan buah-buahan tempatan terutamanya manggis. Malah, Lilith turut mengatakan bahawa dia hampir makan buah kegemarannya itu (manggis) setiap hari.

| Kampungmamakcom Lima Sebab Suka MalaysiaGambar Hiasan | Kredit: Sinar Harian

Yang terakhir ialah kos pendidikan yang mampu bayar. Seperti yang kita sedia maklum, ramai pelajar luar negara ingin melanjutkan pelajaran di Malaysia disebabkan kos pengajiannya yang boleh dikatakan setimpal dengan tahap pendidikan yang ditawarkan.

Justeru, Lilith juga mengambil keputusan yang sama untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia kerana cenderung dengan kos pendidikan yang mampu bayar dan berpatutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kos pendidikan sangat mampu milik dan saya di sini untuk itu,” tambahnya.

@lilithinkl

5 strange reasons I ❤️ Malaysia #malaysia #kl #kualalumpur #malaysiarain #malaysiasunset #sunsetmalaysia #malaysianslang #malaysianfruit #malaysiafood #malaysianeducation

♬ edamame – bbno$

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan pembaca, ini bukanlah kali pertama ‘Malaysia’ menjadi sebutan di bibir ‘Orang Putih’ khususnya dari US.

Sebelum ini Siakap Keli pernah menyiarkan artikel tentang keterujaan seorang wanita berbangsa Inggeris yang mendapat inspirasi memasang pili paip di rumahnya setelah berada di Malaysia.

BACA JUGA: ‘Minah Saleh’ Teruja Pasang Pili Air ‘Bidet’ Di Tandas Rumah, Terinspirasi Lepas Datang Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: @lilithinkl | Tiktok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara boleh dianggap mendapat laluan selesa apabila diundi bertemu Singapura pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong berhubung kemelut dalaman yang...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah...

Advertisement