Hi, what are you looking for?

Mamak News

Minggu Latihan Nasional bakal jadi acara tahunan – TPM


PUTRAJAYA – Kerajaan tidak keberatan untuk menjadikan Minggu Latihan Nasional (NTW) sebagai acara tahunan bagi meningkatkan kemahiran rakyat seluruh negara.

Hasrat itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan Teknikal Latihan Vokasional (TVET) Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau malahan optimis, jumlah penyertaan pada tahun-tahun berikutnya akan lebih tinggi termasuk dari segi jumlah peserta, bilangan kursus ditawarkan dan tempoh jam latihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi saya, pencapaian acara ini amat memberangsangkan dan saya berharap situasi sebegini berterusan serta biarlah dibuat setiap tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan NTW 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Program julung kali dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya, Human Resource Development Corporation turut dihadiri Menterinya, V. Sivakumar.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, meskipun baru kali pertama diadakan mulai Isnin lalu sehingga esok, sambutannya cukup baik dengan 103,823 peserta setakat semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Situasi tersebut ujar beliau, hampir dengan sasaran ditetapkan oleh penganjur NTW 2023 iaitu 125,000 peserta yang melibatkan 5,000 kursus dengan tempoh 500,000 jam latihan.

“Bahkan saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa sebanyak 21,052 kursus sudah pun ditawarkan penganjur sehingga semalam dan ini jauh melebihi sasaran kita,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi penguatkuasa dan seorang orang awam bagi membantu siasatan susulan kes rasuah disyaki melibatkan...

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications