Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Minta jodoh sewaktu azan berkumandang, Ameera Khan ditegur


PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan, menarik perhatian netizen apabila berdoa agar jodohnya dipertemukan dengan sebaik-baiknya ketika berada di Masjidil Haram, Mekah, sewaktu mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Menerusi video yang dikongsikan ibunya, Noorkartini dalam Instagram, kelihatan gadis berusia 23 tahun itu menadah tangan dan berdoa ketika laungan azan sedang berkumandang agar dikurniakan jodoh terbaik buat dirinya.

“Semoga baby (panggilannya) diberikan jodoh yang terbaik, jodoh yang hebat, jodoh yang handsome (kacak), yang baik, menyayangi, menghargai dan saling menghormati,” katanya.

Dalam ruangan komen pula, Ameera turut memohon doa daripada Allah SWT supaya diberikan seorang lelaki yang beriman, putih hatinya, bersih, baik, lembut serta bercahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, beradab dan penyayang, dimuliakan dan dihormati orang-orang sekeliling.

“Apa yang paling penting yang sayangkan baby, lebih pada baby sayangkan dia, hormat baby, mama, daddy dan seluruh keluarga. Setia dengan baby sehingga ke Jannah (syurga). Amin,” tulisnya.

Doa yang dipohon oleh Ameera itu sekali gus menarik perhatian pengguna Instagram apabila turut mendoakan jodoh terbaik buat dirinya.

“Amin. Ramai jodoh yang sedang menunggu awak,” ujar seorang pengguna Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna Instagram menegur Ameera dan ibunya apabila berdoa ketika azan sedang berkumandang, kerana dianggap tidak menghormati laungan azan.

Kata seorang netizen, seharusnya sewaktu azan, seseorang itu harus diam sebentar sebagai tanda menghormati waktu azan.

“Semasa azan harus diam sebenar sebagai menghormati azan,” kata seorang pengikutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Waktu azan, jawab azan dalam hati. Waktu mustajab doa selepas doa azan dan teruskan doa apa yang dihajatkan,” tegur seorang lagi netizen.

Sekadar info, menurut laman web rasmi Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), bercakap ketika azan dibolehkan dan tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya.

Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah sunnah.

Terdahulu, Ameera dan ibunya berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada 10 Januari lalu dan menaiki penerbangan yang sama dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement