Hi, what are you looking for?

Hiburan

Mira Filzah menangis bengkak mata rindukan anak


PETALING JAYA – Pertama kali berjauhan, pelakon popular, Mira Filzah mengakui tidak dapat menahan kerinduan dan menangis teruk sehingga bengkak mata akibat tidak dapat membendung kerinduan terhadap anak kesayangannya, Wam Khair Amir.

Katanya, pengalaman berpisah lama dengan si kecil berusia tiga bulan itu dirasakan sangat mencabar berikutan perlu mencuri masa mengepam susu badan mengikut jadual.

“Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Hari pertama ‘photoshoot’ mata bengkak sebab malam sebelum itu buat panggilan video dengan Amir (sambil) nangis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hari pertama saja (begitu), hari kedua dan seterusnya sudah okay sikit. Selepas ini ada lagi beberapa kali ‘outstation’. Lagi jauh, lagi lama.

“Tak tahu lah nak bawa balik susu macam mana untuk penerbangan berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila ‘outstation’ nanti.

“Semoga Mama pun kuat!” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman baru-baru ini ‘terbang’ ke pulau peranginan popular, Bali di Indonesia itu bagi menjalani penggambaran untuk promosi sebuah jenama pakaian.

Pada masa sama, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menzahirkan kekaguman terhadap golongan ibu yang mampu menggalas tanggungjawab terhadap kerja dan tetap dapat menyediakan bekalan susu ibu secukupnya untuk bayi mereka.

Katanya, ibu berkerjaya yang menyusukan anak berdepan cabaran tambahan apabila wajib bergerak membawa alatan penyimpanan stok susu selain perlu peka dengan jadual mengepam supaya tidak berdepan masalah bengkak payudara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Curi-curi masa nak pam, kadang-kadang tengok jam sampai terlepas waktu., Tahu-tahu sudah enam jam belum pam susu lagi!

“Faham tak perasaan itu? Dengan bawa macam-macam barang ke sana sini, pek ais, beg penyejuk
lagi.

“Kagum sungguh dengan mereka yang sibuk bekerja tetapi masih boleh teruskan ikut rutin mengepam susu,” kata ibu berusia 29 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan ibu faham dengan situasi dilalui pelakon berkenaan selain tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat.

Terdahulu, Mira dan suaminya yang juga arkitek, Wan Emir Astar, 32, mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kehidupan mereka diserikan kehadiran putera yang dilahirkan pada 10 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement