Hi, what are you looking for?

Sukan

Misi Jesse Lingard tutup mulut pengurus Liga Fantasi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PENDATANG baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest hadir dengan semangat jitu untuk memberikan cabaran terbaik selepas 23 tahun tidak bersaing di pentas tertinggi bola sepak England itu.

Forest terus berbelanja mewah pada jendela perpindahan kali ini dan terbaharu mengesahkan kehadiran pemain tengah antarabangsa Belgium, Orel Mangala dengan nilai £12.75 juta (RM69.2 juta).

Perpindahan tersebut menyaksikan Forest mengeluarkan dana keseluruhan lebih £85 juta (RM461.7 juta) dengan menandatangani 12 pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara nama besar yang dijangka memberikan sumbangan mata ter­tinggi buat skuad kendalian Steve Cooper itu pada musim baharu nanti adalah bekas pemain sensasi Manchester United, Jesse Lingard.

Selain itu, jika pertahanan Forest dapat tampil lebih kebal pada pentas EPL musim ini, penjaga gol muda, Dean Henderson dang penjaga gawang berpengalaman, Wayne Hennessey turut boleh dijadikan sandaran.

Pembaca Kosmo! yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelaran
Forest

PENGURUS
Steve Cooper

PENJAGA GOL
Wayne Hennessey £4.0, Dean Henderson £4.5

Advertisement. Scroll to continue reading.

PERTAHANAN
Neco Williams £4.0, Steve Cook £4.5, Scott McKenna £4.5, Mohamed Drager £4.0, Joe Worrall £4.5, Richie Laryea £4.5, Loic Mbe Soh £4.5, Giulian Biancone £4.5
Moussa Niakhate £4.5, Omar Richards £4.5, Harry Toffolo £4.5

TENGAH
Jesse Lingard £6.0, Harry Arter £4.5, Jack Colback £4.5, Cafu £4.5, Joe Lolley £5.0, Ryan Yates £5.0, Xande Silva £5.0, Alex Mighten £5.0, Braian Ojeda £4.5, Lewis O’Brien £5.0, Orel Mangala £5.0

PENYERANG
Lyle Taylor £4.5, Sam Surridge £5.0, Brennan Johnson £6.0, Taiwo Awoniyi £6.0

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin mampu mencapai RM15 bilion dalam peningkatan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NOTTINGHAM: Satu daripada aspek kunjungan Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan adalah untuk bertemu dengan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEJAK kebelakangan ini, industri muzik tanah air dilambakkan dengan lagu saduran (cover song) era 1990-an. Terbaharu, Amir Masdi...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENANTIAN peminat bola sepak dunia berakhir selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirainya secara rasmi awal pagi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications