Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Misi pulih maruah Harimau Malaya


PENANTIAN 17 tahun untuk ber­aksi pada kempen Piala Asia adalah tempoh yang panjang selain 44 tahun usaha yang diperlukan oleh skuad Harimau Malaya bagi melayakkan diri secara merit.

Penampilan terakhir dengan status tuan rumah pada edisi 2007 sememangnya wajar dilupakan kerana ia merukapan salah satu ‘episod hitam’ bola sepak negara apabila dibelasah pada aksi kumpulan oleh China, Uzbekisan dan Iran.

Setelah memasuki tahun 2024, Harimau Malaya boleh membuka ‘lembaran baharu’ untuk tampil lebih menyerlah pada kempen Piala Asia 2023 di bumi Qatar bermula 16 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Jordan dan Korea Selatan, peluang pasukan kebangsaan dilihat agak seimbang dan boleh mencuri mata berharga terutama menentang dua negara Asia Barat nanti.

Berdasarkan senarai 26 pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon, pasukan kali ini adalah yang terbaik di atas kertas dan cukup stabil di semua posisi tidak kira pertahanan, tengah ataupun serangan.

Dua perlawanan pertama ­peringkat kumpulan bertemu Jordan dan Bahrain bakal menjadi penentu hala tuju pasukan yang meletakkan harapan untuk mencipta kejutan lolos ke peringkat kalah mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sudah pasti besar harapan 30 juta ‘ekor’ Harimau Malaya dalam memastikan pasukan ­negara tidak lagi dianggap sebagai pelengkap jadual, sebaliknya boleh memberikan tentangan kompetitif di peringkat tertinggi benua Asia dengan menghadirkan keputusan-keputusan membanggakan di Qatar kali ini..


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement